Utusan Borneo (Sarawak)

PGA Briged Sarawak rampas rokok disyaki seludup bernilai lebih RM5.1 juta

-

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas pelbagai jenis rokok disyaki diseludup bernilai lebih RM5.1 juta pada Khamis.

Komander Briged Sarawak SAC Dr Cheghazali Che Awang berkata, rampasan dibuat oleh anggotanya menerusi Ops Taring Alpha 1(Penyeludup­an Rokok) di bawah Operasi Kontraban.

Menurutnya, dua serbuan telah dilakukan dalam operasi tersebut di pusat bandar raya Kuching dan kawasan Matang.

“Di dalam dua siri serbuan yang dijalankan, pasukan serbuan telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 27 tahun dan hasil pemeriksaa­n lanjut telah menemui sebanyak 12,782 karton (2,556,400 batang) rokok putih, dan 505 karton (80,800 batang) rokok kretek pelbagai jenama yang disimpan di dalam sebuah stor kedai dan sebuah kenderaan.

“Anggaran nilai keseluruha­n rampasan berjumlah RM5,098,760 (termasuk cukai) merangkumi nilai rampasan rokok sebanyak RM4,958,760 dan sebuah kenderaan bernilai RM140,000,” katanya menerusi satu kenyataan, kelmarin.

Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching dan Padawan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Secara keseluruha­nnya di sepanjang pengoperas­ian bermula dari 1 Januari 2024 hingga 21 Mac 2024, Briged Sarawak PGA telah mencatatka­n kejayaan rampaan bernilai RM27,821,368.50.

“Dalam tempoh tersebut juga, sebanyak 46 kes yang melibatkan jumlah tangkapan seramai 85 orang (48 warga tempatan dan 37 warga asing) serta 37 kenderaan pelbagai jenis,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia