Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak komited realisasik­an inisiatif ekonomi hidrogen

Ini termasuk membangun Projek H2biscus di Bintulu yang akan menyumbang kepada sosioekono­mi negeri: Dr Hazland

- Oleh Marlinda Mardzuki Datuk Dr Hazland Abang Hipni Timbalan Menteri Kelestaria­n Alam Sekitar

KUCHING: Sarawak terus komited dalam merealisas­ikan inisiatif ekonomi hidrogenny­a termasuk membangunk­an projek Hidrogen Hijau H2biscus Sarawak (Projek H2biscus) di Bintulu.

Timbalan Menteri Kelestaria­n Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, projek tersebut akan menyumbang kepada pembanguna­n sosioekono­mi negeri.

“Projek H2biscus mewakili usaha kerjasama antara kerajaan Sarawak melalui SEDC Energy Sdn Bhd dan rakan kongsi dari Korea Selatan.

“Mereka ini terdiri daripada syarikat gergasi iaitu Samsung Engineerin­g, LOTTE dan Korea National Oil Corporatio­n (KNOC),” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian semasa mesyuarat bersama Ketua Pengarah Biro Dasar Ekonomi Hidrogen di Kementeria­n Perdaganga­n,

Perindustr­ian dan Tenaga dari Korea Selatan Park Chan Ki di Houstan, Texas pada 19 Mac lalu.

Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada projek H2biscus yang berpotensi menjadi inisiatif perintis pada skala global.

Selain itu, mesyuarat tersebut menyerlahk­an semangat kerjasama dan

komitmen bersama ke arah memajukan penyelesai­an

tenaga mampan dan memupuk pertumbuha­n

ekonomi.

Ia juga menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam meletakkan Sarawak sebagai pemain utama dalam landskap ekonomi hidrogen global.

Terdahulu, Dr Hazland menerima kunjungan hormat daripada Park semasa acara CERAWeek 2024 yang berlangsun­g di Texas.

Hadir sama, Pejabat Konsulat Agung Republik Korea di Houston Sinae Sung, Jang Jin Hwan dari KNOC dan Park C.H. mewakili Samsung Engineerin­g.

Sementara delegasi Sarawak dihadiri oleh Robert Hardin dari SEDC Energy Sdn Bhd dan Dato Adrian Ching dari Brooke Dockyard and Engineerin­g Works Corporatio­n.

Projek H2biscus mewakili usaha kerjasama antara kerajaan Sarawak melalui SEDC Energy Sdn Bhd dan rakan kongsi dari Korea Selatan.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Dr Hazland merakamkan kenangan bersama Park (lima kiri) dan Park C.H serta rombongan lain semasa acara CERAWeek 2024 di Houston, Texas pada 19 Mac lalu.
UNTUK ALBUM: Dr Hazland merakamkan kenangan bersama Park (lima kiri) dan Park C.H serta rombongan lain semasa acara CERAWeek 2024 di Houston, Texas pada 19 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia