Utusan Borneo (Sarawak)

KPDN beri e-dompet RM20 kepada 2,000 pengunjung di BRR MADANI Metrocity

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil langkah untuk memberi e-dompet sebanyak RM20 kepada 2,000 pengunjung di Bazar Ramadan Rahmah MADANI Metrocity dalam usaha membantu meringanka­n beban rakyat.

Insentif berjumlah RM40,000 itu telah diserahkan oleh Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh kepada Pengerusi Persatuan Penjaja Metrocity Khairuzie Bolhassan di Bazar Ramadan Rahmah MADANI Metrocity, Matang di sini, kelmarin.

Fuziah semasa sidang media berkata, sejumlah 2,000 e-dompet disediakan di bazar tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.

“Kita mengajak orang Kuching berbelanja di sini dengan memanfaatk­an edompet yang kita tawarkan.

“Kita juga mempunyai rakan strategik kita SPay Global dan Touch ‘n Go yang melaksanak­an ‘on bording’ e-dompet kepada peniaga dan juga membantu kita mengeluark­an e-dompet ini kepada pengunjung,” katanya.

Mengulas mengenai Bazar RamadanRah­mahMADANI Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024, Fuziah berkata program ini merupakan salah satu inisiatif KPDN

di bawah Program Payung Rahmah MADANI untuk menggalakk­an para peniaga Bazar Ramadan Rahmah (BRR) menawarkan Menu Rahmah sebagai usaha untuk mengurangk­an beban kos sara hidup sepanjang bulan Ramadan ini.

“Konsep pelaksanaa­n BRR juga adalah untuk menggalakk­an peniaga menyediaka­n makanan berteraska­n format penyediaan Menu Rahmah sebagai pilihan menu tambahan pada harga RM5 dan ke bawah.

“Dengan semangat manfaat Rahmah yang seharusnya dinikmati oleh semua masyarakat, maka kesan pelaksanaa­n BRR ini seharusnya juga mendatangk­an

kebaikan yang merentasi agama dan kepelbagai­an bangsa,”katanya.

Terdahulu sebelum sidang media, Fuziah berkesempa­tan mengadakan sesi ‘walkabout’ di Bazar Ramadan Metrocity tersebut, sekali gus melancarka­n BRR MADANI Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 dan Program MySaveFood Peringkat Negeri Sarawak.

Beliau juga berkesempa­tan menyampaik­an sumbangan bakul Rahmah kepada beberapa penerima sebagai salah satu program utama bagi membantu meringanka­n kos sara hidup rakyat.

Hadir sama Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin.

 ?? ?? SAMPAIKAN:Fuziahmeny­ampaikanin­sentifberj­umlahRM40,000 kepada Khairuzie di Bazar Ramadan Rahmah Metrocity Matang, kelmarin. Turut kelihatan di sebelah kiri, Matthew.
SAMPAIKAN:Fuziahmeny­ampaikanin­sentifberj­umlahRM40,000 kepada Khairuzie di Bazar Ramadan Rahmah Metrocity Matang, kelmarin. Turut kelihatan di sebelah kiri, Matthew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia