Utusan Borneo (Sarawak)

Jaga kebersihan persekitar­an rumah elak jadi tempat pembiakan aedes

-

Komunti setempat di Sri Aman diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan persekitar­an rumah dan kawasan masing-masing sebagai usaha membendung tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pegawai Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Zaifa Johari berkata, usaha ini amat memerlukan kerjasama semua pihak terutama penduduk kampung dan rumah panjang.

“Kita menyeru agar semua pihak termasuk individu, penduduk kampung serta rumah panjang agar sentiasa menitikber­atkan aspek kebersihan rumah masing-masing dalam usaha mengekang penularan wabak denggi.

“Nyamuk aedes amat mudah membiak di tempat yang kotor seperti di kawasan air yang bertakung, di dalam tin kosong mahupun tayar buruk dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Hebahan Denggi dan Memasang Banner serta Edaran Poster di jabatan kerajaan, agensi dan rumah ibadat, baru-baru ini.

Oleh yang demikian katanya, sebagai usaha membendung wabak berkenaan daripada terus

merebak, penduduk kampung perlu kerap melakukan pembersiha­n kawasan rumah masing-masing setiap hari.

“Luang masa sekurangku­rangnya selama sepuluh minit setiap hari untuk melakukan pembersiha­n di kawasan luar rumah dengan memotong rumput, membuang tin kosong dan sebagainya,” jelasnya.

Tambah Zaifa lagi, berikutan peningkata­n kes demam denggi di Sri Aman sejak akhir-akhir ini, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mengambil inisiatif untuk meningkatk­an

kesedaran masyarakat berkenaan wabak itu dengan mengadakan pelbagai promosi serta edaran risalah.

“Antara inisiatif tersebut ialah mengadakan intervensi pendidikan ringkas ke rumah panjang serta kampung termasuk menampal risalah berkenaan dengan wabak berkenaan di premis-premis perniagaan, premis kerajaan serta edaran risalah ke rumah panjang dan kampung di sekitar Sri Aman.

“Usaha yang dilakukan ini, serba sedikit diharap dapat memberikan pendidikan dan kesedaran masyarakat betapa bahayanya nyamuk aedes serta

wabak denggi kepada masyarakat setempat,” tegasnya.

Sehubungan katanya, usaha seperti ini juga perlu kerjasama daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di peringkat kampung mahupun di rumah panjang serta di kawasan perumahan.

“Sekiranya kawasan kita bersih maka tidak mudah wabak ini menyerang kita,” katanya lagi.

Program itu turut melibatkan beberapa kakitangan dari Pejabat Daerah Sri Aman serta dihadiri oleh Pegawai Tadbir Sarawak Mohd Hamizan Yahya.

 ?? ?? USAHA BERTERUSAN: Zaifa (kiri), Hamizan (dua kiri) bersama kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman serta Pejabat Daerah Sri Aman ketika mengadakan promosi perangi denggi.
USAHA BERTERUSAN: Zaifa (kiri), Hamizan (dua kiri) bersama kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman serta Pejabat Daerah Sri Aman ketika mengadakan promosi perangi denggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia