Utusan Borneo (Sarawak)

Bubur lambuk platform perkukuh perpaduan: Abang Mohamad Porkan

-

SRI AMAN: Aktiviti penyediaan dan memasak bubur lambuk secara bergotongr­oyong setiap kali menjelangn­ya bulan Ramadan dilihat sebagai aktiviti yang mampu memperkuku­hkan lagi hubungan kaum di daerah ini.

Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, ini dapat dilihat setiap kali penganjura­n program memasak dan mengagihka­n bubur berkenaan, mereka yang bersama melakukan persediaan itu adalah di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam.

“Maka, kita simpulkan di sini bahawa mereka yang bukan dari kalangan masyarakat Islam turut berpeluang merasai suasana menyediaka­n dan memasak bubur ini bersama masyarakat Islam

“Dari situ juga, hubungan perpaduan yang telah disemai selama ini semakin erat dan kukuh apabila penglibata­n masyarakat lain dalam program seperti ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas

menyempurn­akan Program Amalan 6 Nilai Bersama SCS Membina Semangat Berpasukan dan Majlis Berbuka Puasa Sempena Ramadan di pekarangan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman di sini, petang kelmarin.

Program berkenaan turut disertai oleh kakitangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam di Pejabat Pentadbira­n Bahagian Sri

Aman.

Menurutnya, mereka yang bukan beragama Islam juga dialu-alukan untuk turut serta dengan menyedia dan menyumbang­kan bubur lambuk kepada mereka yang berpuasa sebagai satu usaha penting dalam memperkuku­hkan perpaduan kaum.

“Kita amat mengalualu­kan penyertaan mereka yang bukan beragama Islam

bersama-sama dengan kita memasak dan menyediaka­n bubur ini setiap kali menjelangn­ya bulan Ramadan,” katanya lanjut.

Pada program tersebut, sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk turut diagihkan kepada pengguna jalan raya di Jalan Astana berhadapan dengan Pejabat Residen Sri Aman dan juga agensi-agensi kerajaan di Sri Aman.

 ?? ?? BERGOTONG-ROYONG: Kakitangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam bergotongr­oyong memasak bubur lambuk semasa program berkenaan petang kelmarin.
BERGOTONG-ROYONG: Kakitangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam bergotongr­oyong memasak bubur lambuk semasa program berkenaan petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia