Utusan Borneo (Sarawak)

Anak muda harus bijak bertindak, elak gejala pemusnah masa depan

Dadah, jenayah siber antara ancaman masa kini Ramai remaja hari ini berpendapa­t bahawa tabiat minum, merokok dan juga ketagihan dadah dapat membantu mereka kelihatan hebat di hadapan orang lain.

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Anak muda khususnya golongan pelajar diingatkan agar bijak bertindak supaya tidak terjerumus dengan aktiviti tidak sihat dan gejala yang boleh memusnahka­n masa depan mereka.

Gabenor Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308A2 Kapitan Ronny Hiew berkata, gejala penyalahgu­naan dadah dan jenayah siber misalnya, menjadi ancaman yang semakin meningkat dalam masyarakat masa kini.

“Sebab itu, kami (Lions) berbesar hati untuk bekerjasam­a dengan pihak polis dan sekolah dalam usaha meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap dadah, penipuan komersial dan penipuan melibatkan pelajar, generasi muda dan orang ramai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Dadah, Penipuan Dalam Talian dan Jenayah Komersial di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sibu di sini, semalam.

Hiew berkata, penyalahgu­naan dadah boleh memusnahka­n kehidupan anak muda dan meletakkan masa depan mereka dalam kegelapan.

Katanya, penyalahgu­naan

Kapitan Ronny Hiew Gabenor Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2

dadah juga menjadikan kehidupan mereka terdedah kepada kemungkina­n dicederaka­n dari segi fizikal, emosi dan mental serta merosakkan kesejahter­aan mereka.

“Ramai remaja hari ini berpendapa­t bahawa tabiat minum, merokok dan juga ketagihan dadah dapat membantu mereka kelihatan hebat di hadapan orang lain.

“Sebaliknya, pengambila­n dadah memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal dan mental remaja, seperti mula mengalami gangguan mental, penurunan tahap kecerdasan, mengalami penyakit kronik dan kematian mendadak.

“Apabila seseorang itu gagal sepenuhnya menahan godaan dadah, ia menjadi sangat sukar bagi mereka untuk pulih daripada kesannya kecuali di pusat-pusat pemulihan dadah di mana mereka mendapat kehidupan baharu, tetapi melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Selain itu katanya, penipuan kewangan dalam talian, e-dagang, telekomuni­kasi, e-kewangan, ‘love scam’ dan penipuan pinjaman juga tidak boleh dipandang ringan.

“Mereka akan menggunaka­n banyak kaedah untuk meyakinkan anda atau dengan mengancam anda bahawa anda akan ditangkap oleh polis atau dibawa ke mahkamah.

“Sebaik sahaja anda jatuh ke dalam perangkap, anda akan diminta membayar yuran atau denda, memindahka­n wang anda ke akaun bank, memberikan maklumat peribadi seperti butiran pasport anda, tarikh lahir atau maklumat bank,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Pengerusi Presiden Stella Yii, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu (Sektor Pengurusan Sekolah) Jerome Harry dan yang lain.

 ?? ?? RASMI: Hiew (lima kanan) bersama yang lain melakukan simbolik perasmian Kempen Kesedaran Dadah, Penipuan Dalam Talian dan Jenayah Komersial di SMK Methodist Sibu, semalam.
RASMI: Hiew (lima kanan) bersama yang lain melakukan simbolik perasmian Kempen Kesedaran Dadah, Penipuan Dalam Talian dan Jenayah Komersial di SMK Methodist Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia