Utusan Borneo (Sarawak)

Gerawat dilantik Pengerusi SABERKAS Mulu pertama

-

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap ADUN N.78 Mulu Datuk Gerawat Gala sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) cawangan N.78 Mulu yang baru ditubuhkan.

Mesyuarat Agung penubuhann­ya telah diadakan di salah sebuah hotel di sini, semalam.

SABERKAS Cawangan N.78 Mulu ditubuhkan secara rasminya pada semalam dan merupakan cawangan ke-82 SABERKAS di Sarawak.

Penubuhan SABERKAS bagi DUN Mulu adalah yang amat ditunggu-tunggu oleh penduduk dan para belia di sini.

Dalam ucapannya, Gerawat menegaskan penubuhan SABERKAS adalah untuk membentuk belia dan generasi akan datang menjadi pemimpin-pemimpin masa akan datang.

Selain itu, ianya juga bagi mencungkil bakat-bakat anak-anak muda sesuai dengan kelebihan mereka serta memperkasa dan menger

atkan hubungan silaturahi­m antara sesama belia dan muda-mudi di kawasan DUN Mulu.

“SABERKAS Cawangan Mulu begitu unik kerana ahlinya terdiri dari pelbagai etnik dari majoriti sehingga ke minoriti,” jelas Gerawat.

Senarai Ahli-Ahli Jawatankua­sa SABERKAS Mulu untuk sesi 2023-2026 ialah seperti berikut: Datuk Gerawat

Gala (Pengerusi), Usat Bilong (Naib Pengerusi 1), Paul Ajang (Naib Pengerusi 2), Daylon Jalian Henry (Setiausaha), Harrison Anyi Laeng (Naib Setiausaha 1), Alister Paren Gelon (Naib Setiausaha 2) dan Steve Paul Davis (Bendahari).

Enam AJK dilantik ialah Ferrera Paris, Paulus Galang, Norhelma Biute, Cassandra Garnete, Lah Gau dan Rufus

Abel Tuan.

Hadir sama Timbalan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.78 Mulu Dato Robert Laing Anyi, Timbalan Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.78 Mulu Datin Catherine Awing, Ketua Pemuda PBB Cawangan N.78 Mulu, Osart Bilong dan Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak Iszuan Haroni.

 ?? ?? CAWANGAN TERBAHARU: Gerawat (tengah) bergambar dengan ahli SABERKAS Sarawak dan AJK SABERKAS Mulu sambil menunjukka­n bendera dan baju SABERKAS selepas mesyuarat penubuhan SABERKAS Mulu semalam.
CAWANGAN TERBAHARU: Gerawat (tengah) bergambar dengan ahli SABERKAS Sarawak dan AJK SABERKAS Mulu sambil menunjukka­n bendera dan baju SABERKAS selepas mesyuarat penubuhan SABERKAS Mulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia