Utusan Borneo (Sarawak)

KKDW akan laksana empat projek BALB di Parlimen Julau: Larry Sng

-

Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanak­an empat projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Parlimen Julau.

Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, beliau telah dimaklumka­n mengenai perkara tersebut oleh KKDW pada sesi Dewan Rakyat, 20 Mac lalu.

“Kita dimaklumka­n bahawa projek BALB kawasan Julau Fasa II kini di peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding yang dilantik oleh kementeria­n dan projek ini nanti bakal memberikan manfaat kepada 2,028 pintu bilik di kawasan Julau dan sekitarnya.

“Projek kedua pula ialah BALB di kawasan Nanga

Lasi, Jalan KJD dan ia juga sedang dalam proses reka bentuk awalan dan dijangka akan memberikan manfaat kepada 451 pintu di kawasan berkenaan.

“Projek ketiga pula ialah BALB di kawasan Lemujan, Wak dan Pedanum, Daerah Pakan yang kini sedang dalam peringkat penyediaan terma rujukan dan projek ini nanti bakal memberikan kemudahan bekalan air bersih kepada 792 pintu di kawasan terbabit,” kata Larry kepada media.

Menurut Larry, KKDW kini sedang berusaha untuk membantu mempercepa­tkan liputan dan merapatkan jurang bekalan air bersih dan terawat di kawasan luar bandar.

Katanya, usaha tersebut merangkumi penyambung­an paip retikulasi dari paip utama ke rumah-rumah di kawasan luar bandar yang belum mendapat bekalan air bersih dan terawat.

“Bagi projek keempat pula, pihak KKDW memaklumka­n akan membina Sistem Alternatif BALB dan projek tersebut sedang di peringkat penyediaan terma rujukan.

“Jika projek ini siap dilaksanak­an nanti, ia dijangka akan memberikan manfaat kepada 417 pintu dari daerah Julau, Pakan dan juga Sarikei.

“Sehubungan itu, kita berharap projek ini nanti dapat berjalan dengan lancar dan dilaksanak­an dengan segera agar rakyat di kawasan ini dapat menikmati BALB dan mengatasi masalah bekalan air bersih di beberapa tempat di Parlimen Julau,” ujarnya.

 ?? ?? LARRY SNG
LARRY SNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia