Utusan Borneo (Sarawak)

20 asnaf di Limbang terima sumbangan kotak makanan

-

Ketibaan Syawal ini begitu bermakna buat 20 asnaf di sini apabila menerima sumbangan beberapa kotak makanan menerusi program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan kelmarin.

Program anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Cawangan Limbang dengan kerjasama Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang itu menyantuni dan meringanka­n beban penerima untuk persiapan menyambut Aidilfitri kelak.

Pengurus Cawangan ASNB Limbang Norlia Soli berkata, pihaknya menitikber­atkan golongan yang memerlukan bantuan terutama golongan asnaf sekali gus memberi peluang kepada pewakaf ASNB berkongsi rezeki dengan golongan sasar melalui instrumen wakaf.

Program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan yang dianjurkan oleh ASNB julung kalinya dianjurkan untuk menyumbang­kan dana manfaat wakaf kepada penerima bantuan terpilih.

“Sumbangan dana manfaat wakaf ini diagih kepada 32 masjid di negara ini yang dilantik oleh pihak cawangan ASNB seluruh Malaysia,” katanya pada program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan anjuran ASNB Cawangan Limbang di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang Penghulu Jamil Bakar dan Bendahari Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIL) Limbang Mahmud Amit.

Norlia berkata lagi, sejumlah 690 kotak kit Syawal diagih termasuk sumbangan iftar kepada 32 masjid di seluruh negara, termasuk pada majlis di Limbang itu.

Jelasnya lagi, program itu bertujuan untuk menonjolka­n sumbangan dana manfaat wakaf oleh pihak ASBN Wakalah sekali gus memasarkan perkhidmat­an wakaf ASNB dan menyantuni masyarakat melalui rangkaian cawangan ASNB seluruh Malaysia.

 ?? ?? BAWA KECERIAAN: Norlia (kiri) menyerahka­n bantuan makanan kepada salah seorang asnaf. Turut kelihatan, Jamil (tiga kiri) dan Mahmud (kanan).
BAWA KECERIAAN: Norlia (kiri) menyerahka­n bantuan makanan kepada salah seorang asnaf. Turut kelihatan, Jamil (tiga kiri) dan Mahmud (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia