Utusan Borneo (Sarawak)

Keharmonia­n penting realisasi visi 2030

Masyarakat yang saling menyokong antara satu sama lain mampu berkembang maju

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Masyarakat yang harmoni adalah penting untuk memastikan Sarawak dapat terus mengorak langkah ke arah mencapai status negeri maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, dalam menuju masa depan sedemikian akan ada banyak persaingan, justeru sangat penting bagi setiap perniagaan untuk berkembang maju dan menyumbang kepada ekonomi negeri.

“Namun di tengah-tengah persaingan ini, negeri kita juga perlu mempunyai masyarakat yang mampu bekerjasam­a dan mengeluark­an idea-idea baharu dan memajukan negeri lebih jauh lagi.

“Masyarakat yang mengambil berat dan menyokong satu sama lain mampu berkembang maju. Hanya melalui ini, kita dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni,” ujarnya ketika berucap merasmikan seminar sempena Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2024 di Institut Methodist Pilley (MPI) di sini, semalam.

Tiang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, kerajaan telah melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n, inisiatif dan dasar bagi mencapai status negara maju dan berpendapa­tan tinggi.

“Kita banyak bercakap tentang ekonomi digital dan ekonomi hijau. Kedua-dua ini sangat penting bukan sahaja untuk memacu Sarawak ke hadapan tetapi juga untuk memastikan Sarawak akan mempunyai masa depan yang mampan,” jelasnya.

Menyentuh mengenai sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia, Tiang berkata sambutan bagi menghormat­i usaha gigih, komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keadilan sosial dan dedikasi pekerja sosial untuk meningkatk­an kehidupan individu dan komuniti.

“Pekerja sosial ibarat wira masyarakat yang tidak didendang, sering bekerja di sebalik tabir untuk membantu mereka yang paling lemah dalam kalangan kita.

“Mereka adalah peguam bela bagi mereka yang tidak boleh membela diri mereka sendiri, pejuang kesaksamaa­n dan hak asasi manusia dan tonggak sokongan bagi mereka yang memerlukan.

“Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, daripada kemiskinan dan ketidaksam­aan kepada krisis kesihatan mental dan bencana alam sekitar, peranan pekerja sosial amat penting.

“Mereka berdiri di barisan hadapan, menawarkan belas kasihan, empati dan bantuan praktikal kepada mereka yang menghadapi kesukaran,” jelasnya.

Tiang berkata, pekerja sosial mungkin tidak begitu popular seperti pakar perubatan, doktor, jururawat atau pembantu pegawai perubatan, tetapi tugas dan fungsi mereka tidak boleh dipandang ringan memandangk­an kesan positif kepada masyarakat.

“Pekerja sosial adalah pemangkin kepada perubahan sistemik, mencabar dasar yang tidak adil dan menyokong pembaharua­n yang menangani punca utama ketidakadi­lan sosial.

“Mereka adalah ejen

pemerkasaa­n, membantu individu dan komuniti merealisas­ikan potensi penuh mereka dan membina masa depan yang lebih cerah.

“Semasa kita menyambut Hari Kerja Sosial Sedunia, marilah kita tidak hanya mengiktira­f pencapaian luar biasa pekerja sosial ini, tetapi juga mengesahka­n komitmen kita untuk menyokong usaha penting mereka.

“Marilah kita berdiri teguh dengan mereka ketika mereka

terus berusaha untuk mewujudkan dunia di mana setiap orang dilayan dengan maruah, rasa hormat dan belas kasihan,” ujar beliau.

Empat penceramah iaitu Dr Teoh Ai Hua, Chew Siok Cheng, Dr Dolly Paul Carlo dan Dr Ling How Kee telah dijemput bagi menjayakan seminar terbabit yang dihadiri lebih 50 peserta.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Hii King Kai dan Kapitan Soo Teck Kee.

“Pekerja sosial ibarat wira masyarakat yang tidak didendang, sering bekerja di sebalik tabir untuk membantu mereka yang paling lemah dalam ” kalangan kita. Datuk Michael Tiang Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 ?? ?? LAWAT: Tiang (tiga kiri) melawat gerai pameran sempena sambutan Hari Kerja Sosial 2024 di MPI sambil diiringi oleh Hii (kiri) dan Soo (dua kiri).
LAWAT: Tiang (tiga kiri) melawat gerai pameran sempena sambutan Hari Kerja Sosial 2024 di MPI sambil diiringi oleh Hii (kiri) dan Soo (dua kiri).
 ?? ?? TANDA PENGHARGAA­N: Tiang (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Hii sambil diperhatik­an yang lain.
TANDA PENGHARGAA­N: Tiang (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Hii sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia