Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak akan terus berusaha untuk miliki pusat kanser sendiri

-

Sarawak terus berusaha untuk memiliki pusat kanser sendiri bagi memenuhi keperluan pesakit kanser di negeri ini yang menelan kos mahal bagi rawatan.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kanser merupakan penyakit kedua terbesar di Sarawak selepas jantung.

“Itulah sebabnya saya akan cuba sedaya upaya untuk kita memiliki Pusat Kanser Sarawak kerana keperluan pesakit kanser kita di Sarawak tidak pernah diragui.

“Rawatan kanser sangat mahal terutamany­a dengan imunoterap­i sasaran baharu. Jangkakan banyak penemuan terapi genomik baharu dengan Kecerdasan buatan (AI) dan penjujukan genetik dalam 10 tahun akan datang,” katanya menerusi catatan Facebookny­a semalam.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, satu jenis terapi ubat untuk kanser payudara peringkat 4 berharga RM30,000 sebulan.

Jelasnya kebanyakan orang mungkin sukar untuk membayar RM30,000 sendiri untuk bulan pertama.

“Bagaimanap­aun untungnya pada masa ini, kita mempunyai pakar kanser yang baik Hospital Umum Sarawak (HUS). Kita cuma perlu ada kemudahan (peralatan),” katanya.

Mengimbau mengenai perjalanan memiliki pusat kanser, Dr Sim berkata ia bermula ketika Datuk Seri Najib Tun Razak masih Perdana Menteri di mana beliau telah bersetuju mengenainy­a.

Namun selepas itu kerajaan bertukar dan beliau (Dr Sim) sekali lagi memohon perkara berkenaan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi maklum balas, kerajaan tidak ada peruntukan kewangan.

“Menyedari perkara itu

Premier (Sarawak) kita menawarkan untuk menggunaka­n pembiayaan Sarawak terlebih dahulu. Bagaimanap­un kerajaan bertukar lagi di mana di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, yang mana Abang Jo menyokong penuh kerajaan beliau.

“Perdana Menteri Ismail Sabri berkata, beliau akan membentang­kan perkara itu di Parlimen. Malangnya kerajaan bertukar lagi,” katanya.

Sehingga ke Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kata Dr Sim, sekali lagi Abang Johari dan beliau mendekati perdana menteri.

Katanya selepas beberapa halangan ia akhirnya dibentangk­an di Parlimen tahun lepas dan Perdana Menteri memberitah­u kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia, beliau mahu melihat penyiapan Pusat Kanser Sarawak semasa tempoh perkhidmat­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia