Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Pelandok Laut terima sumbangan bubur lambuk

-

Sumbangan bubur lambuk dan barangan keperluan telah disampaika­n kepada penduduk Kampung Pelandok Laut, Sadong Jaya termasuk individu warga emas kelainan upaya kelmarin.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengarah Sara Music Rizwan Idris bersama Dr Kamil Salem mewakili Nonakraf Creative, Pertubuhan Seni Digital Generasi Baru Kuching dan Kelab Rekreasi Kampung Pelandok Laut.

Delegasi dari Sara Music, Nonakraf Creative dan Pertubuhan Seni Digital dari Kuching turut hadir pada program tersebut.

Koordinasi program itu dijalankan oleh Kelab Rekreasi

Kampung Pelandok Laut dipimpin oleh Abdul Kadir Drim dengan sokongan Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Darul Makmur dipimpin oleh Akup Lopo, Tabika Kampung Pelandok, Tabika Kampung Semera Lot, Tabika Semera Hilir serta Tabika Kampung Iboi.

Turut hadir pada acara tersebut Ketua Kaum (KK) Kampung Pelandok Laut Kassim Merekan serta KK Kampung Sejaie Mohd Hafiz Junnus.

Program dimulakan dengan pengagihan bubur lambuk kepada penduduk kampung diketuai oleh Abdul Kadir Drim awal pagi kelmarin.

Manakala jam 6.25 petang di Masjid Darul Makmur, ucapan alu-aluan disampaika­n oleh Abdul Kadir diikuti ucapan balas daripada wakil Sara Music, Nonakraf Creative, Pertubuhan Seni Digital Generasi Baru dan Penasihat Kelab Rekreasi Kampung Pelandok Dr Kamil Salem.

Dalam ucapan tersebut, Dr Kamil menyatakan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini sedikit sebanyak membantu memperkuku­h semangat perpaduan, kerjasama berpasukan dan ukhuwah kalangan penduduk kampung dan NGO.

Program berakhir sebelum waktu berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah menandakan selesainya satu hari penuh makna bagi penduduk Kampung Pelandok Laut.

 ?? ?? SUMBANGAN: (Dari kiri) Abdul Kadir, Rizwan, Dr Kamil, Akop bersama penerima sumbangan KK Kassim, KK Hafiz dan Abdullah Sham di Kampung Pelandok Laut, Sadong Jaya kelmarin.
SUMBANGAN: (Dari kiri) Abdul Kadir, Rizwan, Dr Kamil, Akop bersama penerima sumbangan KK Kassim, KK Hafiz dan Abdullah Sham di Kampung Pelandok Laut, Sadong Jaya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia