Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot Kidurong terima bantuan awal

-

Tujuh keluarga membabitka­n 33 mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot Kidurong menerima bantuan awal berupa kit makanan permulaan (KMP) daripada agensi bantuan, pejabat kerajaan dan wakil rakyat semalam.

Bantuan tersebut untuk mangsa yang mendiami rumah Lot 217 dan 218 Kampung Sungai Plan Lot Kidurong yang musnah dalam kebakaran petang kelmarin.

Mewakili Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Bintulu Lt (PA) Walter Kajan berkata, sebanyak 10 set KMP telah diserahkan oleh pegawai APM Bintulu kepada mangsa kebakaran terbabit.

“Manakala sumbangan awal berjumlah RM1,000 diserahkan oleh kakitangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)

Samalaju Edward Ellie yang mewakili ADUN Samalaju yang juga Timbalan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pelabuhan Dato Majang Renggi untuk setiap ketua keluarga,” ujarnya.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu pula menyerahka­n tujuh pek makanan kering serta set keperluan tidur, manakala Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyerahka­n lima pek bekalan makanan kepada mangsa.

“Pejabat Daerah Bintulu mencadangk­an agar Bantuan Wang Ihsan (BWI) dikemukaka­n bagi kes kebakaran tersebut,” ujarnya dalam lawatan pemantauan ke atas mangsa di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kebakaran terbabit buat masa ini menumpang di rumah keluarga dan kenalan terdekat.

“Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini,” jelasnya sambil menambah maklumat mangsa tujuh keluarga tersebut telah dikenal pasti.

Namun katanya, proses pengumpula­n maklumat lain masih dijalankan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan mengikut keperluan.

Dalam pada itu, Unit Pengurusan Bantuan Bencana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu dalam kenyataann­ya berkata, bantuan segera berupa makanan kering dan set kelengkapa­n tidur telah diserahkan kepada mangsa.

“Bantuan-antuan lain akan disalurkan atau dikreditka­n ke akaun bank mangsa setelah siasatan lengkap dijalankan,” jelasnya.

 ?? ?? BANTUAN SEGERA: Edward (dua kanan) mewakili Majang menyampaik­an bantuan segera wang tunai RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah (tujuh keluarga) mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot Kidurong, semalam.
BANTUAN SEGERA: Edward (dua kanan) mewakili Majang menyampaik­an bantuan segera wang tunai RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah (tujuh keluarga) mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot Kidurong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia