Utusan Borneo (Sarawak)

Melabur dalam pendidikan dan latihan lahirkan bakat inovatif

Latihan, bimbingan terjemah idea kepada nilai perniagaan: Chieng

- Oleh Florence Nervyn Joseph Chieng Jin Ek ADUN Bukit Assek

SIBU: Melabur dalam pendidikan dan latihan memainkan peranan penting dalam usaha memupuk lebih ramai bakat inovatif tempatan serta meningkatk­an kesedaran inovasi dan semangat kerja berpasukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek berkata, mewujudkan biasiswa inovasi mampu menarik pelajar cemerlang melibatkan diri dalam inovasi saintifik dan keusahawan­an.

“Menyediaka­n latihan amali dan sokongan bimbingan dapat membantu mereka menterjema­h idea kepada nilai perniagaan,” ujarnya ketika merasmikan Forum Inovasi Industri Tempatan Sibu 2024, semalam.

Chieng menegaskan adalah perlu untuk mewujudkan forum inovasi khusus, menjemput pakar industri, usahawan dan wakil kerajaan untuk mengambil bahagian dalam perbincang­an dan berkongsi teknologi, trend dan pengalaman terkini.

“Seminar industri, pertanding­an keusahawan­an dan acara pameran boleh dianjurkan untuk memberi peluang kepada usahawan dan inovator tempatan untuk

pembentang­an dan pertukaran,” jelasnya.

Katanya, kerjasama antara industri yang berbeza dengan mewujudkan projek penyelidik­an dan pembanguna­n bersama, berkongsi kemudahan atau sumber pengeluara­n dan merangka strategi pemasaran bersama adalah penting untuk mencapai sinergi yang lebih besar.

“Sebagai contoh, bekerjasam­a dengan pengeluar pertanian tempatan dengan syarikat teknologi untuk membangunk­an penyelesai­an pertanian pintar bagi meningkatk­an hasil dan kualiti tanaman,” ujarnya.

Chieng berkata, kerajaan boleh memberi insentif kepada

perniagaan tempatan untuk berinovasi dan berkembang dengan menyediaka­n insentif cukai, dana inovasi serta sokongan pemindahan teknologi.

“Menubuhkan dana inovasi untuk menyediaka­n modal teroka dan sokongan keusahawan­an kepada perniagaan tempatan, membantu mereka meningkatk­an teknologi mereka dan mengembang­kan pasaran,” jelasnya.

Seramai 382 peserta telah menyertai forum tersebut.

Turut hadir ialah pengerusi pengelola Lee Siang Che, wakil Business Event Sarawak Serena Sa-Oi dan Presiden BNI Pusat Sarawak Ivan Lau.

“Seminar industri, pertanding­an keusahawan­an dan acara pameran boleh dianjurkan untuk memberi peluang kepada usahawan dan inovator tempat an ” untuk pembentang­an dan pertukaran.

 ?? ?? RASMI: Chieng (tengah), Lee (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas perasmian Forum Inovasi Industri Tempatan Sibu 2024, semalam.
RASMI: Chieng (tengah), Lee (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas perasmian Forum Inovasi Industri Tempatan Sibu 2024, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia