Utusan Borneo (Sarawak)

Mohon dana untuk anjur program berkaitan industri kreatif: Snowdan

-

Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (MTCP) Sarawak menyediaka­n peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta di bawah Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan untuk menganjurk­an pelbagai program berkaitan industri kreatif.

Sehubungan itu, Timbalan Menterinya Datuk Snowdan Lawan menggalakk­an pemain industri seperti pertubuhan bukan kerajaan dan kelab memohon dana itu di laman web kementeria­nnya untuk merancang aktiviti mereka, termasuk bengkel kraf tangan, pembikinan filem atau berkaitan dengan industri fesyen.

“Industri kreatif adalah sesuatu yang baharu di Sarawak. Jika kita lihat di Indonesia, ia dipanggil sebagai ekonomi kreatif dan sektor itu telah menyumbang kira-kira AS$22 bilion kepada ekonomi Indonesia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian

pada Majlis Konvokesye­n Pensijilan Kemahiran Malaysia 2024 Ke-7 anjuran Persatuan Pembanguna­n TVET Nasional (PPTN) di Auditorium Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak

(PPKS) di sini, semalam.

Berikutan itu, Snowdan berkata kerajaan Sarawak telah menamakan semula kementeria­nnya kepada nama sedia ada bagi memberi penekanan kepada pembanguna­n industri kreatif dan seni persembaha­n dalam pertumbuha­n ekonomi negeri.

“Kami juga menumpukan kepada pembanguna­n seni persembaha­n kerana kami sedang membina pusat seni persembaha­n.

“Ia telah menelan belanja kira-kira RM300 juta dan pusat itu akan sama seperti Istana Budaya (di Kuala Lumpur) dan Dewan Diraja Albert di London di mana kami akan memberi tumpuan kepada penganjura­n acara antarabang­sa,” katanya.

Usaha itu katanya, sekali gus berpotensi menggalakk­an pertumbuha­n industri pelanconga­n.

Mengenai pembanguna­n pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), Snowdan berkata kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah hotel di dalam Tegas Digital Village bagi menempatka­n usahawan muda dari kawasan pinggir bandar atau luar bandar, selain menyediaka­n ruang kerja bersama.

 ?? ?? TAHNIAH: Snowdan (dua kiri) menyampaik­an skrol kepada graduan pada Majlis Konvokesye­n Pensijilan Kemahiran Malaysia 2024 Ke-7, semalam.
TAHNIAH: Snowdan (dua kiri) menyampaik­an skrol kepada graduan pada Majlis Konvokesye­n Pensijilan Kemahiran Malaysia 2024 Ke-7, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia