Utusan Borneo (Sarawak)

OKU berkelayak­an harus diberi peluang dalam sektor pekerjaan

Sokong aplikasi NVDA, memudahkan OKU penglihata­n dapat kerja

- Oleh Henrietta Liza

Golongan OKU penglihata­n mahu berdikari ibarat perumpamaa­n ini...jika diberikan seekor ikan kepada seseorang, kita hanya memberi dia makan untuk sehari. Oleh itu, ajarlah dia memancing supaya dia selalu boleh makan ikan.

KUCHING: Ramai golongan orang kelainan upaya (OKU) berkelayak­an dan harus diberi peluang memasuki sektor pekerjaan.

Pengerusi Jawatankua­sa ICT dan Braille Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (SSB) Cawangan Kuching Adzohari Jamil berkata, terdapat 10 peratus daripada ahlinya sedang menunggu peluang tersebut.

“Kita ada OKU yang layak, kenapa tidak diberi peluang. Jika mereka tidak layak...kita boleh menerima hakikat.

“Mereka ini (OKU penglihata­n) ada yang merupakan graduan universiti memiliki sarjana dan sarjana muda, lepasan tingkatan enam dan sebagainya.

“Mereka yang baru keluar dari insitusi pengajian tinggi (IPT) juga ada, tetapi tidak diberi peluang untuk mencuba pekerjaan di dalam sektor awam dan swasta,”

Adzohari Jamil Pengerusi Jawatankua­sa ICT dan Braille SSB Cawangan Kuching

katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo pada Program Pendaftara­n dan Pengemaski­nian Maklumat Pangkalan Data Utama (PADU) OKU SSB di sini, semalam.

Adzohari berkata, pihaknya turut menyokong latihan, simulasi atau penetapan perisian aplikasi Akses Desktop Bukan Visual (NVDA) bagi memudahkan golongan OKU penglihata­n mendapat tempat dalam sektor pekerjaan.

“Golongan OKU penglihata­n mahu berdikari ibarat perumpamaa­n ini... jika diberikan seekor ikan kepada seseorang, kita hanya memberi dia makan untuk sehari. Oleh itu, ajarlah dia memancing supaya dia selalu boleh makan ikan.

“Berikan kerja yang mereka boleh buat, maka mereka boleh berdikari dan meneruskan kehidupan tanpa mengganggu sesiapa,” katanya.

Adzohari turut menyatakan ketetapan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmat­an awam

kepada OKU tidak memberi banyak peluang kepada OKU penglihata­n.

Justeru, beliau meminta kerajaan dan pihak korporat serta swasta agar memberi ketetapan jenis OKU yang diperlukan mereka dan turut memberi peluang kepada OKU penglihata­n di seluruh Sarawak.

 ?? ?? ADZOHARI
ADZOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia