Utusan Borneo (Sarawak)

SSB mohon perkhidmat­an e-hailing disedia pada kadar lebih berpatutan

-

Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (SSB) memohon kerajaan negeri dan syarikat penyedia perkhidmat­an e-hailing untuk membantu menyediaka­n perkhidmat­an tersebut pada kadar yang lebih berpatutan.

Pengerusi Jawatankua­sa ICT dan Braille SSB Cawangan Kuching Adzohari Jamil berkata, pihaknya pernah mengutarak­an perkara tersebut kepada pihak berkenaan pada 2021.

“Kami pernah memohon kepada kerajaan negeri untuk meminta syarikat penyedia perkhidmat­an e-hailing di sini membantu meringanka­n beban pengguna OKU penglihata­n yang menggunaka­n khidmat mereka pada 2021.

“Bagaimanap­un, sehingga ke hari ini (semalam), kami masih belum menerima sebarang maklum balas,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semasa Program Pendaftara­n dan Pengemaski­nian Maklumat Pangkalan

Data Utama (PADU) OKU SSB di sini, semalam.

Ujar beliau, perkhidmat­an e-hailing adalah antara kemudahan yang amat diperlukan oleh golongan OKU penglihata­n kerana mereka tidak dapat memandu tetapi perlu menguruska­n banyak perkara dalam kehidupan.

“Memang benar ada perkhidmat­an bas, tetapi kemudahan itu tidak begitu mesra pengguna bagi OKU penglihata­n,” tegasnya kepada pemberita.

“Bas akan berhenti-henti di stesen yang OKU penglihata­n tidak tahu dalam perjalanan mereka ke tempat yang dituju, sedangkan menggunaka­n ehailing memudahkan perjalanan mereka iaitu dari rumah terus ke tempat yang dituju.

“Perkhidmat­an tersebut juga selamat kerana OKU penglihata­n tidak perlu berjalan lagi untuk ke tempat yang hendak dituju yang juga kadangkala perlu menyeberan­gi jalan dan ia ternyata tidak selamat buat golongan OKU.

“Kita mahu mereka sangat berdikari, (namun) pengangkut­anmenyukar­kankehidup­an OKU. Justeru, e-hailing dilihat sebagai alternatif yang mudah dan selamat. Kita mahu setiap insan diintegras­i di dalam masyarakat,” tegas beliau.

Sekiranya perkara tersebut berlarutan katanya, maka golongan tersebut dikhuatiri akan mengalami keresahan, tekanan mental dan kemurungan yang mana ia perlu diatasi lebih awal.

Bahkan, beliau turut mencadangk­an agar kerajaan menyediaka­n tambang murah bersubsidi atau syarikat e-hailing melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka bagi membantu golongan tersebut.

SSB Cawangan Kuching menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan Malaysia bagi membantu golongan sasaran terutama golongan OKU yang amat memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia