Utusan Borneo (Sarawak)

190 komuniti KRT di P. Pinang kacau bubur lambuk serentak

- — Bernama

190 komuniti kawasan rukun tetangga (KRT) di seluruh Pulau Pinang mengadakan Program Gerak Rahmah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan, yang dianjurkan serentak semalam melibatkan pelbagai kaum.

Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Pulau Pinang Zulkhairi Zainal berkata program itu, antara lain bertujuan menggerakk­an KRT secara bersepadu di seluruh negeri dan memastikan keaktifan serta keberkesan­an di peringkat komuniti.

“Pogram itu merupakan salah satu aktiviti digerakkan secara bergotong-royong dengan penglibata­n pelbagai pihak antaranya agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan pihak swasta yang merupakan wadah bagi menterjema­hkan semangat bekerajsam­a, bersatu padu dan hormat menghormat­i dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Di Pulau Pinang, sebanyak 190 komuniti KRT terlibat dalam program yang dijalankan serentak itu, dan kami menjangkak­an lebih 10,000 bungkusan bubur lambuk berjaya dibuat, sebelum

diedarkan kepada orang ramai tanpa mengira kaum,” katanya kepada Bernama, di Kepala Batas, semalam.

Beliau ditemui pada Program

Gerak Rahmah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Pulau Pinang di Masjid Al-Arifi di Paya Keladi, di Kepala Batas

dan sebanyak sebanyak lima periuk bubur lambuk dimasak di situ yang mampu menghasilk­an 1,750 bungkusan.

Sempena program itu turut dijalankan tadarus al-Quran, pemberian bakul rahmah, jualan daripada KRT dan pemberian pakaian percuma kepada pengunjung yang hadir.

Zulkhairi berkata program itu turut disertai komuniti pelbagai

kaum dan agama, yang menggambar­kan bagaimana masyarakat Malaysia hidup saling menghormat­i, bertoleran­si serta bekerjasam­a.

“Ia melambangk­an keharmonia­n hidup dalam komuniti dan usaha ini wajar diteruskan, agar ikatan perpaduan dapat terus dipertingk­atkan pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi

KRT Paya Keladi Masjid Muhamad Farid Subri berkata penglibata­n ahli KRT di kawasan tersebut menyediaka­n bubur lambuk, mewujudkan kerjasama erat dalam menganjurk­an aktiviti.

“Kita meneruskan kerjasama seperti ini dalam penganjura­n aktiviti akan datang sebagai usaha merapatkan perpaduan pelbagai kaum,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? MASAK BUBUR: Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Paya Keladi memasak bubur lambuk pada Program Gerak Rahmah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan di Kepala Batas, semalam.
— Gambar Bernama MASAK BUBUR: Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Paya Keladi memasak bubur lambuk pada Program Gerak Rahmah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan di Kepala Batas, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEDAP: Sebanyak lima periuk bubur lambuk dimasak yang menghasilk­an 1,750 bungkus akan diagihkan kepada orang ramai di Kepala Batas, semalam.
— Gambar Bernama SEDAP: Sebanyak lima periuk bubur lambuk dimasak yang menghasilk­an 1,750 bungkus akan diagihkan kepada orang ramai di Kepala Batas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia