Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan Anwar ke Jerman capai objektif, kukuh jalinan ekonomi, politik: Penganalis­is

- Malaysia. — Bernama

rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman baru-baru ini berjaya mengeratka­n lagi hubungan akrab sedia ada antara Malaysia dan Republik Persekutua­n Jerman selain menarik potensi pelaburan yang tinggi ke negara ini.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mesyuarat meja bulat perniagaan Anwar dengan kapten industri dan syarikat terkemuka Jerman serta Eropah pula, dilihat langkah penting bagi menjamin pelaburan asing daripada Jerman terus berkembang di Malaysia sekali gus menjadikan Malaysia hab perdaganga­n global di rantau Asia Tenggara.

“Misalnya, Malaysia meraih potensi pelaburan baharu bernilai RM45.4 bilion daripada tujuh syarikat Eropah bagi jangka masa lima hingga 10 tahun, manakala projek di bawah Syarikat X-Fab, Melexis dan Schott Glass yang diluluskan pada 2023 dengan jumlah pelaburan bernilai RM4.45 bilion, dijangka menjana 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat

Malaysia.

“Malah, Malaysia juga memperoleh tambahan RM1.4 bilion daripada Airbus hasil potensi jualan eksport produk dan perkhidmat­an Malaysia ke Jerman dalam sektor aeroangkas­a bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Lawatan rasmi Anwar ke Jerman pada 10 hingga 15 Mac antara lain turut melibatkan pertemuan dua hala Perdana Menteri bersama Canselor Olaf Scholz dan kunjungan hormat ke atas Presiden Frank-Walter Steinmeier pada 11 Mac 2024, selain pertemuan dengan Naib Canselor Dr. Robert Habeck.

Mohd Azizuddin berkata Malaysia adalah rakan dagangan terbesar Jerman di Asia Tenggara dengan nilai dagangan berjumlah RM63.5 bilion pada 2023, malah terdapat 700 syarikat Jerman beroperasi di Malaysia.

Beliau berkata nilai dagangan di Selat Melaka berjumlah AS$3.5 trilion dan laluan lebih 80,000 kapal dagangan telah menarik minat Jerman terhadap Malaysia selain didorong oleh kestabilan politik dan ekonomi yang wujud di negara ini.

Mengenai hubungan Jerman dan Malaysia dengan China dilihat sebagai pencabar kepada kekuatan ekonomi Barat, Mohd Azizuddin berkata: “Melihat kepada isu kebergantu­ngan terhadap China, Jerman cuba merungkaik­an pergantung­an tersebut dengan mengukuhka­n hubungan luarnya dengan negara lain termasuk Malaysia”.

Pakar bidang hubungan antarabang­sa itu juga berkata lawatan Perdana Menteri ke Jerman turut menjadi tumpuan dan bualan masyarakat dunia apabila Anwar mempertaha­nkan Palestin dan mengkritik hipokrasi Barat mengenai peperangan di Gaza dan pembunuhan kaum beramai-ramai warga Palestin oleh tentera rejim Israel.

“Ini satu keberanian yang jarang berlaku dan dilakukan oleh pemimpin utama negara yang seterusnya menjadi jurucakap kepada Dunia Islam dan masyarakat yang tertindas.

“Berkenaan situasi di Gaza, meskipun pendirian dua negara ini adalah berbeza, namun kedua-dua pihak bersependa­pat mengenai pelaksanaa­n gencatan senjata secara kekal, keperluan mendesak bagi bantuan kemanusiaa­n berterusan kepada rakyat Palestin dan penyelesai­an dua negara atau two-state solution.

Mengenai penerimaan Anwar untuk menyertai Climate Club atas jemputan Canselor Scholz, Mohd Azizuddin berkata ia selari dengan agenda Malaysia khususnya berkaitan dengan teknologi hijau dan yakin penyertaan itu dapat dimanfaatk­an untuk pemindahan teknologi dan pembanguna­n kapasiti warga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia