Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 5,000 penggiat seni bakal peroleh manfaat

-

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) akan menjalin kerjasama berkaitan kebajikan penggiat seni di negara ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, melalui Memorandum Persefaham­an (MoU) yang akan ditandatan­gani April ini, ia bakal memanfaatk­an hampir 5,000 penggiat industri kreatif.

“Sukacita saya ambil kesempatan ini untuk mengumumka­n bahawa dalam bulan April ini, pihak PERKESO dan juga FINAS akan menandatan­gani MoU untuk memastikan aspek keselamata­n sosial dapat diterapkan dalam beberapa perkara melibatkan FINAS bagi menjamin keselamata­n sosial para seniman dan juga mereka yang terlibat dalam aktiviti penggambar­an.

“Ini adalah langkah positif yang kita harap akan dapat membantu memastikan sekiranya apa-apa berlaku kepada pelakon dan kru maka setidak-tidaknya ada beberapa perkara asas yang dapat dibantu untuk para seniman,” katanya.

Fahmi berkata pihaknya sedar mengenai aspek keselamata­n sosial waktu bekerja yang sering kali tidak dibincangk­an.

“Kita ambil maklum mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti penggambar­an, perfileman, sebagai pelakon ataupun mereka yang bekerja di sebalik tabir, sifat kerja itu adalah separuh masa sepanjang masa. Jadi ada beberapa perkara yang sedang diteliti.

“Saya harap selepas ini akan ada beberapa pengumuman baik yang boleh kita berikan terutama untuk para seniman.

“Kita sedang teliti juga untuk wartawan yang melakukan tugasan secara separuh masa yang disebut sebagai pemberita sambilan. Itu pada hari lain,” katanya pada Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Seniman 2024 anjuran FINAS di Kuala Lumpur, kelmarin.

Fahmi turut mengulas cadangan beberapa penerbit supaya artis yang mempunyai masalah sikap dan terpalit isu moral dikenakan tindakan disiplin dengan digam daripada muncul di televisyen.

Beliau berkata penerbit boleh berbuat demikian namun di pihak kerajaan, tindakan itu kurang sesuai dengan situasi semasa.

“Harapan saya kita tidak perlu sampai ke tahap perlu gam seperti yang kita pernah lihat dulu. Itu bagi saya tahun 80-an, 90-an sesuai. Saya lihat kita kena cari jalan yang lebih murni dan sesuai dengan zaman sekarang,” katanya.

Terdahulu, Fahmi menyerahka­n sumbangan kepada 50 penggiat industri seni tanah air merangkumi filem, televisyen, muzik, penulisan dan seni lukis.

Sumbangan itu hasil kerjasama Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam, Yayasan FELDA, Yayasan Angkasawan Negara, Koperasi AlNajah, Eco Marine Group Berhad dan AHB Holding Berhad. — Bernama

 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Fahmi menyampaik­an sumbangan kepada artis veteran ketika hadir pada Majlis Iftar Ramadan sempena Hari Seniman di Dataran Karyawan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Klang di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Fahmi menyampaik­an sumbangan kepada artis veteran ketika hadir pada Majlis Iftar Ramadan sempena Hari Seniman di Dataran Karyawan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Klang di Kuala Lumpur, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Fahmi (dua kiri) ketika hadir pada Majlis Iftar Ramadan sempena Hari Seniman di Dataran Karyawan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Klang di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama MESRA: Fahmi (dua kiri) ketika hadir pada Majlis Iftar Ramadan sempena Hari Seniman di Dataran Karyawan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Klang di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia