Utusan Borneo (Sarawak)

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis kurniaan darjah keputeraan Sultan Johor

-

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di sini semalam.

Perkara itu dimaklumka­n menerusi hantaran di Facebook Tunku Mahkota Ismail, dengan beberapa foto mengenainy­a turut dikongsi di platform media sosial itu.

Baginda turut berkenan mengurniak­an darjah kepada beberapa penerima didahului suami Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim iaitu Datuk Dennis Muhammad Abdullah, yang dikurniaka­n Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Datuk.

Tiga individu lain dianugerah­kan Darjah Sultan Ibrahim

Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Datuk, iaitu Juruterban­g Peribadi Sultan Johor Mejar (B) Datuk Roslee Mardofee; Panglima 7 Briged Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dan Pengurus Besar Mados’s Sdn Bhd Datuk Ong Eng Leong.

Manakala, Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) pula diberikan kepada Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Kulai Fizwan Mohd Rashidi dan Pegawai Daerah Tangkak Mohd Farid Kassim.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia