Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca panas: KKM nasihat aktiviti luar kelas ditangguhk­an sementara

- — Bernama

Kementeria­n Kesihatan (KKM) semalam menyaranka­n supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhk­an sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca panas tahap satu, iaitu keadaan suhu maksimum harian melebihi 35 darjah Celcius hingga 37 darjah Celcius.

Ketua Pengarah Kesihatan

Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan semalam berkata sekiranya status cuaca bertukar kepada status ‘gelombang haba’, Kementeria­n Pendidikan (KPM) boleh mengambil tindakan mengikut Pelan Tindakan Bagi Menangani Gelombang Haba 2016, Pelan Tindakan Pengurusan Risiko Kesihatan Akibat

Gelombang Haba 2021 oleh KKM dan Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan oleh KPM.

“Murid sekolah antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas disebabkan faktor fisiologi dan kurang pengambila­n air,” katanya dalam kenyataan di sini.

Status gelombang haba merujuk kepada iaitu suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius.

Menurut Dr Muhammad Radzi pendedahan kepada cuaca panas secara berpanjang­an boleh memudaratk­an kesihatan terutamany­a kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang menghidap penyakit kronik.

Sehubungan itu, KKM menasihati ibu bapa agar memastikan anak-anak untuk mengambil air secukupnya dan bagi mereka yang berpuasa disaran meminum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka puasa.

Mengikut laporan Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a) kelmarin, Perlis telah mengalami gelombang haba sejak 19 Mac, manakala sebahagian besar negeri Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, Sik, Baling) dan sebahagian negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta) mengalami cuaca panas tahap satu.

MET Malaysia juga menjangkak­an cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celcius berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjun­g dan Sabah sehingga April 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia