Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa mahu lelaki serang dua gereja tahun lepas dipenjara 50 tahun

- — AFP

Pendakwa raya mahu lelaki Maghribi yang disyaki melakukan serangan parang pada tahun lepas di dua buah gereja Sepanyol, membunuh seorang pegawai gereja, agar berdepan hukuman penjara selama 50 tahun, ditunjukka­n oleh dokumen mahkamah pada Jumaat.

Suspek, Yassine Kanjaa, 26, telah didakwa dengan pembunuhan pengganas kerana membunuh penjaga harta gereja, ditulis oleh pendakwa raya dalam dokumen tersebut, satu salinan yang telah dilihat oleh AFP.

Dia turut didakwa dengan cubaan membunuh pengganas dengan kecederaan akibat seranganny­a terhadap dua orang lagi, salah seorang adalah paderi, jelasnya.

Serangan berlaku di pekan pelabuhan selatan Algeciras pada 25 Januari, 2023, ketika suspek “membawa sebilah parang besar” dan memasuki gereja San Isidro, mengakibat­kan kecederaan teruk pada seorang paderi sebelum memasuki sebuah gereja kedua di mana dia mengejar seorang penjaga harta gereja dan membunuhny­a.

Dia cuba untuk memasuki gereja yang ketiga namun pintunya telah dikunci dan pihak polis yang berada di tempat kejadian telah memberkasn­ya.

Dalam tempoh beberapa bulan sebelum serangan, suspek telah “menjalani satu proses radikalisa­si, mendalami beberapa teori Islam yang paling ketat yang mengagungk­an ketidakser­asian dengan prinsip dan nilai-nilai dari agama lain serta perlunya untuk bertindak bagi menghapusk­an mereka,” tulis mereka.

“Suspek memilih untuk bertindak” dan menyerang kedua-dua paderi dan penjaga harta gereja “dengan niat untuk membunuh mereka… dan menghapusk­an Kristian,” menurut dokumen itu lagi.

Pada hari serangan, suspek “hadir sebagai mempunyai masalah psikotik dengan delusi dan kemungkina­n schizophre­nia,” kata pendakwa raya.

Namun mereka menilai pada kemampuan intelektua­l “adalah tidak terjejas sepenuhnya oleh keadaannya.”

Selepas penahanann­ya, pihak polis menyatakan Kanjaa sebagai “tidak stabil” dan dia telah dihantar untuk pemeriksaa­n psikiatrik bagi menilai sama ada dia boleh atau tidak didakwa.

Pihak berkuasa menyatakan dia tidak pernah “berada dalam radar” bagi pasukan keselamata­n di Sepanyol atau tempat lain bagi radikalisa­si, walaupun dia telah diarahkan bagi satu arahan penghantar­an pulang pada Jun 2021, yang tidak pernah dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia