Utusan Borneo (Sarawak)

23 tentera Niger terbunuh dalam serangan hendap

-

Niger menyatakan 23 orang dari anggota tenteranya telah terkorban dalam satu serangan hendap “pengganas” berhampira­n sempadan dengan Burkina Faso dan Mali di wilayah barat yang terdedah kepada serangan pejuang jihad.

Niger telah diperintah oleh pemimpin tentera yang merampas kuasa dalam satu rampasan kuasa pada Julai, memetik satu situasi keselamata­n yang bertambah buruk sebagai justifikas­i bagi rampasan kuasa.

Namun keganasan pelampau yang telah berlanjuta­n selama lapan tahun telah diteruskan.

Dalam kejadian terbaharu, anggota tentera Nigeria terlibat dalam satu tindakan keselamata­n di Tillaberi, di tiga buah kawasan sempadan, pada Selasa dan Rabu, menurut kementeria­n pertahanan pada lewat Khamis.

Mereka telah terkorban ketika satu “serangan hendap kompleks”, menurutnya , sambil menambah bahawa “kira-kira 30 orang pengganas telah dineutralk­an.”

Serangan tentera telah “direka bagi memastikan penduduk tempatan” yang telah disasarkan oleh kumpulan bersenjata terlibat dalam “pembunuhan, peras ugut dan mencuri lembu”, menurut pihak kementeria­n.

Lebih dari 100 orang “pengganas” telah menyerang unit tentera di antara Teguey dan Bankilare menggunaka­n “bom buatan sendiri dan kenderaan nekad”, jelasnya.

Sebagai tambahan kepada 23 orang anggota tentera yang meninggal dunia, 17 orang telah tercedera.

Tillaberi bersempada­n dengan Burkina Faso dan Mali – juga ditadbir oleh pemimpin tentera -- di sebuah wilayah yang dibelenggu oleh serangan pejuang jihad.

Beberapa buah kumpulan yang dikaitkan dengan AlQaeda dan Islamic State telah beroperasi di Tillaberi sejak 2017 meskipun satu pengerahan besar-besaran bagi pasukan tentera anti-jihad.

Pada January, 22 orang warga awam terkorban dalam satu serangan ke atas kampung Motogatta di Tillaberi, kira-kira 100 kilometer (60 batu) di utara bandar utama Niamey.

Niger, salah satu dari negara termiskin di dunia, telah menjadi satu rakan barisan hadapan di Barat dalam menentang pejuang jihad di Sahel.

Namun selepas merampas kuasa, junta telah menghalau pasukan tentera dari bekas kuasa koloni Perancis dan, seperti negara jiran Mali dan Burkina Faso, telah meneruskan hubungan dengan Rusia.

Pada Sabtu, pihak tentera turut mengumumka­n ia telah memutuskan perjanjian 2012 dengan Amerika Syarikat “dengan berkuat kuasa sertamerta.”

Washington telah membina sebuah pangkalan dron gurun dengan kos sebanyak $100 juta di utara Niger dan memiliki kira-kira 1,000 orang anggota tentera di negara Afrika Barat.

Pada awal minggu ini, ia menyatakan hubungan tentera dengan Niger sebagai kepentinga­n bersama dan menyatakan ia sedang menunggu klarifikas­i mengenai pengumuman menjejaska­n kerjasana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia