Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ditangkap berhubung letupan di stesen petrol pada 2022

- — AFP

Dua orang lelaki telah diberkas kelmarin di barat laut Ireland berhubung dengan satu letupan di sebuah stesen petrol pada tahun 2022 yang mengorbank­an 10 orang berusia di antara lima dan 59 tahun.

Pihak polis Ireland menyatakan ia menahan dua orang lelaki dalam usia 50-an sebagai sebahagian dari siasatan mereka mengenai ketupan yang pada masa itu mereka telah menyatakan ia sebagai satu “kemalangan tragik.”

Menurut kepada akhbar Irish Times pada Jumaat, “tiada aktiviti jenayah yang dirancangk­an atau disengajak­an sedang disiasat” oleh pihak polis dalam kes tersebut.

“Sebaliknya, keadaan di mana sistem gas telah dijalankan dan diuruskan menjadi pusat utama bagi siasatan jenayah,” kata akhbar tersebut.

Empat orang lelaki, tiga orang wanita, dua orang remaja dan seorang budak perempuan berusia lima tahun telah terkorban dalam letupan di kampung Creeslough di County Donegal pada 7 Oktober, 2022.

Dua buah bangunan kediaman dua tingkat di belakang stesen minyak telah roboh.

Bahagian depan sebuah bangunan sama berhampira­n telah pecah akibat letupan, yang menurut beberapa orang saksi seperti sebiji bom.

Creeslough adalah kirakira 30 batu (50 kilometer) dari sempadan dengan Ireland Utara dan memiliki satu populasi kira-kira 400 orang.

“Ia merupakan satu hari yang sangat gelap bagi penduduk Donegal dan bagi Ireland,” kata perdana menteri ketika itu Micheal Martin sehari selepas insiden.

“Skala dan betapa besarnya. Ia adalah sebuah komuniti kecil, ini bermakna hampir semua orang akan mengetahui antara satu sama lain bagi orang yang kehilangan nyawa mereka,” kata beliau, bercakap di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia