Utusan Borneo (Sarawak)

Perancis akan terus desak gencatan senjata di PBB

Majlis Keselamata­n harus menyeru bagi satu gencatan senjata segera dan akses untuk kemanusiaa­n: Macron

-

BRUSSELS: Presiden Perancis Emmanuel Macron berjanji pada Jumaat akan terus mendesak bagi satu gencatan senjata Gaza pada Majlis Keselamata­n PBB, tidak lama selepas China dan Rusia membatalka­n satu draf resolusi yang disokong oleh AS.

“Majlis Keselamata­n harus menyeru bagi satu gencatan senjata segera dan akses untuk kemanusiaa­n,” Macron memberitah­u wartawan di Brussels, berjanji akan meneruskan kerja untuk satu resolusi alternatif Perancios “bersama dengan rakan kami di AS, Eropah dan Arab.”

Amerika Syarikat, sekutu utama Israel, yang telah membatalka­n permohonan gencatan senjata sebelum itu, telah mengemukak­an resolusiny­a sendiri.

Buat kali pertama AS menyokong “imperatif bagi satu genjatan senjata segera dan tetap”, termasuk mengecm serangan 7 Oktober oleh Hamas.

Namun Rusia dan China menggunaka­n kuasa veto mereka, sementara Algeria turut membantah dan Guyana berkecuali. Sebelas anggota Majlis Keselamata­n lain mengundi untuk memihak, termasuk anggota tetap Perancis dan Britain.

Macron menyatakan beliau percaya Paris berada pada satu kedudukan untuk membentuk satu konsensus sekarang ia mungkin mengira bagi sokongan Washington.

“Apa yang penting adalah untuk menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah mengubah kedudukann­ya, dan menunjukka­n kesanggupa­nnya untuk mempertaha­nkan, dengan jelas sekarang, bagi satu gencatan senjata,” kata Macron.

Perancis telah berusaha bagi cadanganny­a dengan Jordan, Emiriah Arab Bersatu dan beberapa buah negara Eropah lain, kata beliau. Beliau sangat berharap wakil diplomatik­nya di wilayah “akan menujuk China dan Rusia agar tidak menggun akan kuasa veto mereka.’

Lebih dari 1,160 orang, kebanyakan orang awam, meninggal dunia pada 7 Oktober ketika militan menyerang Israel dalam serangan paling buruk di negara ini, menurut kepada jumlah rasmi Israel.

Israel berjanji akan menghapusk­an Hamas, yang mengawal Semenanjun­g Gaza. Kira-kira 32,000 orang, kebanyakan warga awam, telah terkorban, menurut kementeria­n kesihatan di Gaza, dan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu telah memberikan amaran mengenai kemungkina­n kebuluran di wilayah tersebut.

 ?? MACRON ??
MACRON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia