Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal ikat jamin, Alves ditahan dalam penjara sehingga Isnin

-

Perogol yang telah disabitkan kesalahan dan bekas pemain bola sepak antarabang­sa Brazil, Dani Alves akan ditahan dalam penjara sehingga sekurangku­rangnya hari Isnin selepas gagal mengemukak­an ikat jamin satu juta euro yang ditetapkan oleh mahkamah Barcelona untuk membebaska­nnya sementara menunggu rayuan.

Keputusan mengejut oleh mahkamah pada hari Rabu menggegark­an pendakwara­ya kerana biasanya pemain bola sepak itu ditolak ikat jamin sejak penahanann­ya pada Januari 2023 atas alasan dia ialah seorang yang berisiko tinggi.

Salah seorang pemain bola sepak dunia yang paling terkenal, Alves, 40, telah disabitkan kesalahan merogol seorang wanita muda di bilik mandi VIP di sebuah kelab malam Barcelona pada awal pagi 31 Disember 2022.

Peguamnya pantas membuat rayuan terhadap sabitan

itu dan pada Selasa meminta agar dia dibebaskan dengan ikat jamin atas alasan dia telah menjalani satu perempat daripada hukuman empat setengah tahun dalam tahanan pra-perbicaraa­n.

Sehari kemudian, mahkamah Barcelona meluluskan permintaan itu dengan

syarat Alves membayar ikat jamin sebanyak satu juta euro, meminta dia menyerahka­n pasport Sepanyol dan Brazilnya, kekal di negara itu dan hadir ke mahkamah “setiap minggu”.

Namun sejak itu, dia telah terlepas masa akhir 2:00 petang untuk mengemukak­an ikat jamin, bermakna dia terpaksa kekal dalam penjara.

Kelmarin, peguammnya meminta satu jam tambahan sehingga 3:00 petang tetapi wakilnya belum memindahka­n wang pada masa itu, jadi Alves perlu kekal di penjara pada hujung minggu ini sehingga pejabat mahkamah dibuka semula pada hari Isnin.

Keadaan kewangan pemain bola sepak itu telah merundum sejak dia ditahan pada Januari 2023. Kes itu menyebabka­n kelab Mexico Pumas UNAM memecatnya dan sumber pendapatan lain telah habis, kata pasukan pembelanya.

Sejak ditangkap, Alves telah ditahan di penjara berhampira­n Barcelona.

Proses rayuan mungkin mengambil masa berbulanbu­lan untuk diselesaik­an.

Keputusan mahkamah membenarka­nnya diikat jamin dikecam oleh peguam mangsa sebagai “keadilan untuk orang kaya”.

 ?? — Gambar AFP ?? DITAHAN: Alves ketika menhadiri perbicaraa­nnya di Mahkamah Tinggi Catalonia di Barcelona pada 5 Februari 2024.
— Gambar AFP DITAHAN: Alves ketika menhadiri perbicaraa­nnya di Mahkamah Tinggi Catalonia di Barcelona pada 5 Februari 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia