Utusan Borneo (Sarawak)

Southgate tidak akan pertimbang sebarang tawaran pekerjaan

- — AFP

LONDON: Gareth Southgate menegaskan bahawa dia tidak akan mempertimb­angkan sebarang tawaran kerja sehingga selepas Euro 2024 apabila pengurus England itu menyelar spekulasi yang mengaitkan­nya dengan Manchester United sebagai “sangat biadap” terhadap Erik ten Hag.

Kontrak England semasa Southgate tamat pada Disember dan dia masih belum bersetuju dengan perjanjian baharu menjelang kejohanan utama keempatnya bersama pasukan kebangsaan.

Jurulatih berusia 53 tahun itu dilaporkan menjadi sasaran utama United untuk menggantik­an Ten Hag sekiranya pemilik bersama Old Trafford, Jim Ratcliffe memutuskan untuk memecat jurulatih Belanda itu.

Southgate kelmarin berkata rundingan kontrak dengan Persatuan Bola Sepak ditangguhk­an, dan dia meletakkan tumpuan penuh untuk membawa England menjulang trofi antarabang­sa lelaki pertama mereka sejak Piala Dunia 1966.

“Saya fikir ada dua perkara dari sudut pandangan saya. Satu ialah saya pengurus England. Saya mempunyai satu tugas, pada asasnya, untuk mencuba dan mambawa Kejohanan Eropah,” kata Southgate menjelang perlawanan persahabat­an menentang Brazil pada Sabtu di Wembley.

“Dan perkara kedua ialah Manchester United mempunyai pengurus dan saya fikir ia sangat biadap apabila terdapat sebarang spekulasi mengenai pengurus yang sedia ada.

“Saya presiden LMA (Persatuan Pengurus Liga) jadi saya tidak mempunyai masa untuk perkara seperti itu, sebenarnya.”

Southgate dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Dave Brailsford, yang merupakan sebahagian daripada pasukan operasi bola sepak Ratcliffe di United.

Dia juga mempunyai hubungan baik dengan pengarah sukan Newcastle, Dan Ashworth - seorang lagi calon untuk berpindah ke Old Trafford.

Nama Southgate naik selepas membawa England ke separuh akhir Piala Dunia 2018, final Kejohanan Eropah pada 2021 dan suku akhir Piala Dunia di Qatar setahun kemudian.

Tidak kira sama ada peluang untuk menyertai United muncul, Southgate berkata dia tidak akan bercakap dengan sesiapa sehingga selepas Euro.

“Saya rasa saya telah menjawab ini setiap kali saya duduk dengan awak,” kata Southgate. “Ya, tumpuan saya ialah Kejohanan Eropah.

“Jika kami melakukan sesuatu, kontrak, semua orang akan berkata, ‘mengapa kamu menandatan­gani kontrak sebelum Euro di mana kamu perlu membuktika­n diri kamu?’.

“Saya sudah tentu tidak akan bercakap dengan orang lain sebelum kejohanan itu. Saya tidak pernah bercakap tentangnya.

“Saya sudah bekerja lapan tahun. Saya tidak akan melayan percakapan dengan orang lain apabila saya bekerja.”

 ?? ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia