Utusan Borneo (Sarawak)

Son terus beraksi bersama skuad kebangsaan demi peminat

-

SEOUL: Son Heung-min berkata dia pernah mempertimb­angkan untuk menarik diri daripada bola sepak antarabang­sa berikutan Piala Asia Korea Selatan bergolak tetapi dia memutuskan untuk terus bermain demi peminat.

Kapten Korea Selatan dan Spurs itu menyatakan keraguan tentang masa depan dia dalam pasukan antarabang­sa sejurus selepas kekalahan 02 pada separuh akhir kepada Jordan bulan lepas.

Berita muncul bahawa pemain berusia 31 tahun itu bermain dengan jari terkehel akibat pergaduhan dengan rakan sepasukan Lee Kangin pada malam sebelum perlawanan.

Jurgen Klinsmann, yang telah berjanji untuk memberikan Piala Asia pertama Korea Selatan dalam 64 tahun, kemudian dipecat selepas hanya setahun mengendali­kan pasukan.

“Bermain untuk pasukan kebangsaan merupakan janji antara saya dan penyokong,” kata Son kepada pemberita selepas keputusan seri 1-1 yang mengecewak­an di tempat sendiri dengan Thailand pada perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Khamis.

“Saya benar-benar mahu memenuhiny­a,” kata pemain itu.

“Saya akan terus merendah diri dan bermain bersungguh­sungguh, dan saya harap saya boleh berkembang menjadi seorang yang lebih kuat supaya saya tidak akan terfikir untuk berhenti lagi.”

Mendedahka­n betapa hampir dia mahu meninggalk­an bola sepak antarabang­sa, Son berkata dia telah mendapatka­n nasihat rakan senegara dan bekas bintang Manchester United, Park Ji-sung.

“Saya tidak pernah memandang remeh tempat saya dalam pasukan kebangsaan - saya berasa bersyukur dan berbesar hati,” tambah Son.

Son menjaringk­an gol ke-45 untuk negaranya menjelang penghujung separuh masa pertama menentang Thailand, tetapi pasukan pelawat menyamakan kedudukan sejurus selepas sejam.

Kedua-dua pasukan bermain semula di Bangkok pada hari Selasa dan Korea Selatan menghampir­i peringkat kelayakan Piala Dunia yang seterusnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GIGIH: Son berlatih bersama rakan sepasukann­ya di Stadium Piala Dunia Seoul di Korea Selatan.
— Gambar AFP GIGIH: Son berlatih bersama rakan sepasukann­ya di Stadium Piala Dunia Seoul di Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia