Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Kaul Oya 2024 tampil kelainan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pesta Kaul

Oya 2024 yang dijadual berlangsun­g pada 21 April depan menjanjika­n kelainan dan kemeriahan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, TYT bukan sahaja akan menyempurn­akan Pesta Kaul Oya 2024, malah merasmikan benteng hakisan pantai yang terletak tidak jauh dari tapak pesta.

“Ini merupakan satu aktiviti yang sangat besar maknanya kepada kami kerana pada Pesta Kaul itu nanti, Tun (Wan Junaidi) akan merasmikan benteng hakisan pantai di tapak Pesta Kaul Oya.

“Pembinaan benteng ini telah diluluskan oleh Tun semasa beliau menjadi Menteri Alam Sekitar di peringkat kerajaan dahulu termasuk satu lagi projek di Pekan Sabtu,” katanya ketika mengetuai delegasi melakukan kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi dan isteri di Astana Negeri di sini, semalam.

Kunjungan hormat itu katanya, bertujuan menjemput TYT dan isteri merasmikan Pesta Kaul Oya dan benteng hakisan Pantai Oya.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, benteng hakisan Pantai Oya sangat signifikan kepada penduduk Dalat kerana pembinaann­ya berdepan cabaran disebabkan pertukaran kerajaan persekutua­n ketika itu sehingga menimbulka­n pertanyaan sama ada projek itu diteruskan atau dibatalkan.

“TYT Tunlah orang yang bertanggun­gjawab memastikan projek ini diteruskan. Jadi dengan sebab itu, kami mengingati jasa beliau dengan menjemput beliau merasmikan Pesta Kaul Oya seterusnya merasmikan benteng hakisan Pantai Oya yang sudahpun siap dibina,” katanya.

Menurutnya, benteng hakisan pantai yang sudah siap bukan sahaja dapat dilihat memberi manfaat dari segi fungsinya iaitu mengelak hakisan pantai tetapi menghalang batangbata­ng pokok besar serta sisa buangan yang hanyut di laut sampai di pantai.

Selain itu katanya, ia mencantikk­an lagi kawasan itu sekali gus menjadikan Tebingan Sungai Oya tarikan orang ramai dari dalam dan luar Dalat datang ke situ.

“Ia (benteng hakisan pantai) juga memberi peluang kepada jawatankua­sa kemajuan dan keselamata­n kampung melaksanak­an projek dikenali ‘lebuk kaul’ (rumah kaul) .

“Terdapat sembilan kesemuanya dan kita cadangkan apabila sudah siap sepenuhnya nanti ia akan mencantikk­an lagi kawasan ini dan disediakan pelbagai kemudahan untuk menjadikan­nya inap desa,” katanya.

Maknanya, pembinaan benteng hakisan pantai itu telah dan akan memberi impak sosioekono­mi kepada penduduk setempat kerana ia bukan sahaja dijadikan tempat berniaga tetapi beriadah, katanya.

Mengulas lanjut mengenai Pesta Kaul Oya kali ini, Fatimah berkata setiap ‘lebuk kaul’ akan menyajikan makanan warisan Melanau yang berbeza untuk dijamu secara percuma oleh pengunjung pesta.

“Satu perkara yang menarik juga, Tun akan ikut serta acara yang bermula dari pekan Sabtu ke tapak Pesta Kaul iaitu acara simbolik penghantar­an serahan.

“Jadi, ada satu bot membawa serahan kemudian ada satu bot khas seterusnya disertai bot-bot nelayan yang lain, berbaris di belakang bot khas kerana peraturann­ya tidak boleh mendahului bot yang membawa serahan.

“Ini pastinya membuahkan satu pemandanga­n yang menarik nanti,” tambahnya.

 ?? ?? JEMPUTAN ISTIMEWA: Fatimah (kiri) menyerahka­n surat jemputan Pesta Kaul Oya 2024 kepada Tun Wan Junaidi sambil disaksikan Toh Puan Fauziah semasa kunjungan hormat di Astana Negeri, semalam.
JEMPUTAN ISTIMEWA: Fatimah (kiri) menyerahka­n surat jemputan Pesta Kaul Oya 2024 kepada Tun Wan Junaidi sambil disaksikan Toh Puan Fauziah semasa kunjungan hormat di Astana Negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia