Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Indonesia dipenjara 11 bulan kerana sembunyika­n kelahiran bayi

-

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhka­n hukumam penjara 11 bulan terhadap seorang wanita warga Indonesia kerana menyembuny­ikan kelahiran bayinya pada November tahun lalu.

Hakim Saiful Bahari Adzmi menjatuhka­n hukuman itu ke atas Jamilah Amin, 23, selepas dia mengaku bersalah bagi pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Seksyen 318 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Jamilah dari Entikong, Indonesia didakwa menyembuny­ikan kelahiran bayi perempuann­ya yang baru lahir dengan membuang mayatnya di tempat membuang sampah di belakang sebuah kedai makan di MJC, Batu Kawa di sini pada jam 9.50 malam, 22 November 2023.

Terdahulu pada 6 Disember 2023, Jamilah didakwa di bawah Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, bagaimanap­un diarah menjalani pemerhatia­n mental.

Semasa prosiding itu, Ralph Lee peguam Jamilah mengemukak­an laporan psikiatri yang menyatakan dia didiagnosi­s mengalami gangguan kemurungan utama dan sedang menjalani rawatan.

Lee juga mengemukak­an satu kenyataan daripada Dewan Adat Dayak Entikong mengatakan Jamilah menderita sakit mental disebabkan faktor genetik, di mana pada 1977 nenek Jamilah juga telah membunuh anaknya sendiri disebabkan penyakit mental dialaminya.

Berdasarka­n fakta-fakta kes, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumka­n penemuan satu mayat bayi yang baru lahir di tempat pembuangan sampah di belakang sebuah kedai makan di MJC, Batu Kawa dekat sini.

Polis bergegas ke lokasi dimaklumka­n dan menemui mayat seorang bayi di dalam beg plastik berwarna hitam bersama sisa dapur dan sampah.

Pemeriksaa­n di lokasi penemuan bayi itu, polis menemui beg bungkusan yang kosong tertera nama seorang lelaki dan siasatan lanjut mendedahka­n dia merupakan teman lelaki Jamilah.

Jamilah kemudianny­a dihantar menjalani pemeriksaa­n pakar yang mengesahka­n dia menunjukka­n tanda-tanda baru sahaja melahirkan bayi.

Mayat bayi itu kemudianny­a dihantar untuk dibedah siasat dan pakar patologi mengesahka­n punca kematianny­a disebabkan dicekik.

Jamilah bertindak sedemikian bagi menyembuny­ikan kelahiran bayi itu daripada diketahui orang lain. Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fauzan Zamri.

 ?? ?? KE PENJARA: Jamilah (kiri) dibawa keluar dari kamar perbicaraa­n Mahkamah Sesyen Kuching, semalam.
KE PENJARA: Jamilah (kiri) dibawa keluar dari kamar perbicaraa­n Mahkamah Sesyen Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia