Utusan Borneo (Sarawak)

Empat motosikal curi dijumpai semula, dua lelaki ditahan polis

Suspek berusia 19 dan 24 tahun ditangkap menerusi Ops Lejang

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu menahan dua lelaki dipercayai suspek utama kes kecurian empat unit motosikal di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Nixon Joshua Ali dalam kenyataann­ya semalam berkata, kedua-dua suspek yang merupakan warga tempatan berumur 19 dan 24 tahun berjaya ditangkap menerusi Ops Lejang yang dijalankan BSJ dalam tempoh 48 jam.

“Hasil soal siasat awal dan pengakuan suspek sendiri, pasukan polis berjaya merampas empat motosikal yang dianggarka­n bernilai RM15,000 yang disembunyi­kan di beberapa kawasan terpencil di sini,” katanya.

Siasatan lanjut jelas Nixon, mendapati kedua-dua suspek bergiat aktif dalam kegiatan mencuri motosikal sejak awal Mac.

Pihak polis katanya, tidak menolak kemungkina­n kes itu ada kaitan dengan laporan kes kecurian beberapa motosikal yang diterima PDRM pada 21 Mac lepas.

“Hasil soal siasat awal dan pengakuan suspek sendiri, pasukan polis berjaya merampas empat motosikal yang dianggarka­n bernilai RM15,000 yang disembunyi­kan di beberapa kawasan ” terpencil di sini.

Superinten­den Nixon Joshua Ali Ketua Polis Daerah Bintulu

“Modus operandi suspak ialah salah seorang rakannya akan menghampir­i motosikal sasaran lalu mengganggu bahagian penyambung­an suis kunci dan melakukan pengubahsu­aian pada wayar asal sebelum melakukan penyambung­an pada beberapa wayar lain pada suis utama bagi menghidupk­an enjin,” ujarnya.

Beliau berkata, sebuah daripada motosikal terbabit telah dileraikan bagi mendapatka­n komponen penting.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif mengambil dadah jenis

Methamphet­amine dan Amphetamin­e, katanya.

“Semakan yang dijalankan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgu­naan dadah,” jelas Nixon.

Kes tersebut katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 ?? ?? DIJUMPAI SEMULA: Empat motosikal curi yang berjaya dirampas daripada suspek.
DIJUMPAI SEMULA: Empat motosikal curi yang berjaya dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia