Utusan Borneo (Sarawak)

Empat miliki peralatan untuk pecah rumah dipenjara

-

SIBU: Tiga pemuda dijatuhi hukuman penjara dua minggu sementara seorang remaja bawah umur dijatuhi penjara seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah.

Majistret Romario Jonoi menjatuhka­n hukuman itu setelah mendengar pengakuan bersalah tertuduh Ronialdo Jamberi, 25; Mohamad Azrul Osman, 27; Muhammad Zulhelmi Rosman, 21; dan remaja bawah umur terbabit.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa memiliki peralatan terbabit di tepi sebuah kedai makan di kawasan perumahan Jalan Apollo pada 17 Mac 2024, kira-kira jam 2.30 pagi.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 37 Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan serta denda sehingga RM5,000 jika sabit dengan kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu yang juga anggota polis Unit Rondaan Bermotosik­al

telah mengampiri sebuah kenderaan yang nombor pendaftara­nnya ditampal pelekat berwarna hitam.

Menyedari kehadirian pihak polis, tiga daripada empat suspek bertindak melarikan diri.

Ketika cuba ditahan, pihak polis terpaksa menggunaka­n kekerasan minimum selepas suspek terbabit bertindak agresif.

Pemeriksaa­n terhadap kenderaan tersebut telah menjumpai pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah.

Dengan dipandu arah oleh suspek yang juga tertuduh, pihak polis telah menahan tiga lagi lelaki yang disyaki terlibat.

Pihak polis turut merampas tiga playar muncung tirus, tiga pemutar skru, sebatang tukul, sebatang pengumpil besi, satu pemotong wayar dan satu kotak berwarna jingga.

Sisatan kemudian mendapati kesemua tertuduh gagal memberikan penjelasan yang munasabah bagi pemilikan barangan tersebut yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia