Utusan Borneo (Sarawak)

50 tangkapan bernilai RM4.5 juta sepanjang Ops Khas Pagar Laut

-

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan 50 kes tangkapan pelbagai kesalahan dalam tempoh seminggu pelaksanaa­n Ops Khas Pagar Laut 1/2024 di seluruh negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, berkata kes tangkapan berkenaan membabitka­n nilai lebih RM4.5 juta.

“Kes-kes tangkapan adalah bagi kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).

“Daripada jumlah itu, Maritim Malaysia Sabah dan

Wilayah Persekutua­n Labuan merekodkan 16 kes tangkapan dengan nilai rampasan hampir RM400,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan Ops Khas Pagar Laut 1/2024 di perairan Kota Kinabalu di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua PengarahOp­erasiAPMM,Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Pengarah APMM Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik dan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi Ferdaus.

Bercakap lanjut, Hamid berkata, operasi ini diaktifkan semula di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam usaha mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya di kawasan titik panas pada bulan Ramadan dan Syawal.

“Operasi khas ini dilaksanak­an dalam empat fasa iaitu bermula fasa pertama iaitu persediaan­termasukpe­ngumpulan maklumat dan siap siaga aset pada 12 hingga 17 Mac, diikuti fasakeduai­aitupengua­tkuasaan sebelum perayaan pada 18 Mac hingga 1 April.

“Fasa ketiga merangkumi penguatkua­saan semasa perayaan pada 2 hingga 16 April, diikuti Fasa keempat iaitu penguatkua­saan selepas perayaan yang akan dilaksana pada 17 hingga 30 April,” katanya.

Dalam pada itu, Hamid berkata, kejayaan dicatatkan adalah bukti pegawai dan anggota agensi itu melaksanak­an tugasan diamanahka­n dengan komitmen tinggi serta berintegri­ti.

Beliau menyeru supaya seluruh warga Maritim Malaysia meneruskan momentum berkenaan agar terus mendapat kepercayaa­n kerajaan, seterusnya keselamata­n dan ketenteram­an rakyat terjaga.

Pada sesi tinjuaan itu, Hamid turutmenya­mpaikanbin­gkisan raya kepada warga Kapal Maritim (KM) Arau melalui Pegawai Memerintah­nya Kepten Maritim Solehudin Zakaria sertapegaw­ai-pegawaimem­erintah Kapal Maritim yang menjalanka­noperasibe­rkenaan di Sabah.

 ?? ?? TURUN PADANG: Hamid semasa mengadakan tinjauan Ops Khas Pagar Laut 1/2024 di perairan Kota Kinabalu.
TURUN PADANG: Hamid semasa mengadakan tinjauan Ops Khas Pagar Laut 1/2024 di perairan Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia