Utusan Borneo (Sarawak)

Industri perkayuan terus dibelenggu kekurangan buruh

STA gesa kerajaan mewujudkan dasar lebih konsisten, memperkema­s proses pengambila­n pekerja asing

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) menggesa kerajaan mewujudkan dasar yang lebih konsisten dan memperkema­s proses pengambila­n pekerja asing.

Pengerusin­ya Dato Henry Lau berkata, ini berikutan industri perkayuan terus bergelut dengan kekurangan buruh yang berterusan khususnya dalam sektor perladanga­n hutan dan aktiviti kelapa sawit.

“Jika tidak ditangani, keadaan ini menimbulka­n risiko besar kepada kesinambun­gan operasi ahli kita.

“Kerangka kerja yang lebih cekap bukan sahaja akan membantu mengurangk­an kekurangan buruh semasa tetapi juga menyumbang kepada kestabilan jangka panjang industri perkayuan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Kehormat STA Wong Ting Chung pada Mesyuarat Agung Tahunan STA di sini, semalam.

Dengan memupuk persekitar­an yang kondusif untuk pengurusan tenaga kerja, Lau berkata, kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuha­n mampan dan daya saing ahli STA.

Sementara itu, beliau memuji inisiatif Kerajaan Sarawak dalam menerokai penubuhan kilang dalam perindustr­ian hutan barubaru ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, kayu balak dari hutan industri memainkan peranan penting dalam menambah kekurangan bahan mentah untuk sektor hiliran.

“Potensi penguranga­n kos balak bukan sahaja akan meringanka­n beban kewangan dalam industri perkayuan tetapi juga meningkatk­an daya saing keseluruha­n produk di pasaran.

“Justeru, STA amat percaya bahawa inisiatif ini menjanjika­n kejayaan besar dalam mengurangk­an kos kayu balak yang diperoleh daripada hutan industri dan kita tidak sabar menunggu perkembang­an selanjutny­a,” katanya.

Lau juga berkata Kerajaan Sarawak telah menjadi penyokong untuk menggunaka­n kayu balak daripada hutan industri, menggalakk­an industri menceburi produk kayu dan biojisim kejurutera­an.

“Peralihan strategik ini memerlukan ahli kita menaik taraf kilang mereka untuk memproses kayu balak daripada hutan perindustr­ian.

“Bagi memupuk transforma­si ini, kita bersungguh­sungguh menyeru kerajaan untuk memberikan insentif bagi perkakasan atau pemasangan semula kilang.

“Menyedari komitmen kewangan yang diperlukan untuk usaha tersebut, insentif sebegini akan memainkan peranan penting dalam memudahkan peralihan penting ini,” katanya.

Lau berkata STA turut memohon bantuan kerajaan dalam membangunk­an pasaran bagi produk baharu yang akan muncul daripada inisiatif ini.

“Mencipta peluang untuk pengenalan dan penerimaan produk yang berjaya dalam pasaran adalah penting untuk pertumbuha­n mampan dan daya saing industri kita,” tambah beliau.

“Jika tidak ditangani, keadaan ini menimbulka­n risiko besar kepada ” kesinambun­gan operasi ahli kita.

Dato Henry Lau Pengerusi STA

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? AMANAT: Wong (empat kiri) bersama yang lain ketika membacakan teks ucapan Lau pada Mesyuarat Agung Tahunan STA di Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon AMANAT: Wong (empat kiri) bersama yang lain ketika membacakan teks ucapan Lau pada Mesyuarat Agung Tahunan STA di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia