Utusan Borneo (Sarawak)

STA lahir kebimbanga­n terhadap peningkata­n kos berkaitan penyelengg­araan berterusan FMU

-

KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) melahirkan kebimbanga­nnya terhadap peningkata­n kos berkaitan penyelengg­araan berterusan unit pengurusan hutan (FMU) yang diperakui.

Pengerusi STA Dato Henry Lau berkata, arahan baharu yang mewajibkan FMU bertauliah menyumbang kepada tanggungja­wab sosial korporat melalui ses (cukai khas) RM15 bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini.

“Walaupun kita mengiktira­f kepentinga­n sumbangan sedemikian untuk kebaikan masyarakat Sarawak, kita menyokong ketelusan dalam cara ses ini digunakan.

“Kita (STA) secara aktif berusaha mengambil bahagian dalam perbincang­an mengenai peruntukan dana ini,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Kehormat STA Wong Ting Chung pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu di sini, semalam.

Lau berkata adalah penting untuk menyedari bahawa kos yang tidak dapat dielakkan ini pasti akan diterjemah­kan kepada harga jualan yang lebih tinggi untuk keduadua pembeli antarabang­sa dan domestik, yang menjejaska­n ahli sektor hiliran khususnya.

“Oleh itu, ahli sektor hiliran akan terpaksa menyesuaik­an harga mereka, seterusnya mencabar daya saing dan produk kayu kita di pasaran yang sudah tertekan oleh cukai jualan negeri (SST).

“SST antara 1 peratus hingga 2.5 peratus yang dilaksanak­an pada 1 Jun 2023, menjejaska­n produk kayu terpilih di luar Sarawak, termasuk kayu gergaji, venir, kayu, papan gentian, papan partikel dan papan lapis,” katanya.

Menurut beliau, keputusan menggunaka­n nilai Kos dan Pengangkut­an (CNF) dalam menentukan SST bermula Mac tahun ini telah menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan ahli.

“Bukankah lebih mudah untuk mengira SST berdasarka­n nilai yang ditunjukka­n pada invois, tidak kira sama ada ia CNF atau FOB (Free on Board)? Lagipun, keduadua Seksyen 15(d) Ordinan Cukai Jualan Negeri 1988 dan Peraturan 19H menetapkan bahawa nilai jualan bagi produk kayu yang dieksport atau dijual secara luar ialah harga barang yang dinyatakan dalam kontrak atau invois.

“Kesan daripada beban kewangan ini amat ketara dalam nilai eksport kayu dan produk kayu yang semakin merosot. Walaupun mencatatka­n RM3.947 bilion kukuh pada 2022, nilai eksport menjunam kepada RM3.141 bilion pada 2023, menandakan kehilangan daya saing yang ketara dalam industri,” jelasnya.

Sehubungan itu, Lau berkata bersaing secara berkesan dalam pasaran antarabang­sa adalah penting dan memerlukan perhatian segera.

“Kos yang semakin meningkat dalam industri perkayuan menimbulka­n cabaran besar yang tidak boleh diabaikan.

“Daripada pengeluara­n kepada pengangkut­an, setiap aspek operasi memerlukan semakan yang teliti untuk mengenal pasti langkah penjimatan kos tanpa menjejaska­n kualiti dan kemampanan produk,” ujarnya.

Tambahnya, ini bukan sahaja menjejaska­n keupayaan untuk bersaing secara berkesan dalam pasaran antarabang­sa tetapi juga menimbulka­n ancaman serius kepada inisiatif dalam pembanguna­n dan pengembang­an pasaran.

“Tidak kira pasaran di dalam mahupun di luar negara, apa yang penting adalah untuk mengekalka­n kelestaria­n jangka panjang dan memastikan pertumbuha­n berterusan perdaganga­n kayu Sarawak,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia