Utusan Borneo (Sarawak)

SAS mengumumka­n pelantikan jawatankua­sa baharu

-

KUCHING: Sarawak Artists Society (SAS) semalam mengumumka­n pelantikan jawatankua­sa baharunya bagi penggal 2024-2025 dengan Sebastian Jong dilantik sebagai presiden.

SAS dalam satu kenyataan semalam berkata, proses pemilihan tersebut dilakukan melalui pengundian ahli yang telah dimuktamad­kan pada 24 Mac 2024.

Menerusiny­a juga, Marzuki Jamilah dilantik sebagai Naib Presiden 1 sementara jawatan Naib Presiden 2 disandang Angelina Bong.

Menurutnya, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) itu telah dilaksanak­an menerusi mod hibrid, menggunaka­n kedua-dua e-platform dan pertemuan bersemuka bagi memastikan keterangku­man dan kebolehaks­esan untuk semua ahli.

“Ahli jawatankua­sa yang baharu dilantik untuk tahun 2024 ini menghimpun­kan pelbagai pengalaman dan kepakaran, selain komited untuk mengemudi SAS ke arah tahap baharu dalam seni dan adegan kreatif di Sarawak,” katanya.

Turut dilantik adalah Setiausaha Clement Jimel dan penolongny­a Lilly Metom serta Liew Kim Phiaw. Sementara Lucas Lau diamanahka­n memegang jawatan Bendahari bersama penolongny­a Vivien Lim.

Ahli Jawatankua­sa lain pula terdiri daripada Chen Li Li, Petrus Alfred, Ng Paik San, Awangko Hamdan dan

Sylvester Jussem.

Ditubuhkan pada 1985, SAS berada di barisan hadapan dalam memupuk dan mempromosi­kan seni dan gerakan kreatif di Sarawak.

SAS terkenal dengan pameran tahunannya, yang mempamerka­n karya seni daripada artis pelbagai latar belakang, gaya dan medium.

Salah satu pameran seninya yang terkenal ialah pameran seni tahunan berterusan dengan kerjasama Pusat Jantung Sarawak, berfungsi sebagai persembaha­n amal.

Untuk maklumat lanjut tentang SAS atau untuk terlibat dengan inisiatifn­ya, layari laman web https:// sarawakart­ists.com/.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia