Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia tambah penerbanga­n sempena Aidilfitri: Hasbi

Sedia lebih 22,000 tempat duduk untuk penerbanga­n lewat malam antara Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak

-

“Ini adalah usaha yang dibuat AirAsia untuk memastikan semua orang dapat balik kampung untuk berhari raya, itulah usaha untuk memastikan hari perayaan ” tiada lonjakan harga berlaku.

LIMBANG: Syarikat penerbanga­n AirAsia menyediaka­n lebih 22,000 tempat duduk pada tambang tetap untuk penerbanga­n lewat malam antara Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, inisiatif itu sebahagian daripada komitmenny­a bagi membolehka­n lebih ramai pulang ke kampung halaman untuk perayaan tersebut termasuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

“AirAsia melaksanak­an inisiatif sendiri untuk tambahan penerbanga­n malam dan sebagainya dan ada 22,000 tempat duduk yang dijual ke Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah usaha yang dibuat AirAsia untuk memastikan semua orang dapat balik kampung untuk berhari raya, itulah usaha untuk memastikan hari perayaan tiada lonjakan harga berlaku,” katanya ketika ditemui media selepas Penyerahan Outright Grant (OG) di Masjid Baitul Iman baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal.

Hasbi menambah, pembelian tiket boleh dibuat bermula 4 Mac lepas dan mereka digalakkan untuk membeli awal bagi mendapatka­n harga lebih murah berbanding harga tiket pada hari biasa.

Katanya, rakyat Sarawak yang berada di Semenanjun­g dan ingin pulang berhari raya perlu merancang awal untuk pulang dengan melakukan pembelian tiket lebih awal.

Pada masa sama katanya, bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman menggunaka­n jalan raya sempena Aidilfitri ini digalak merancang perjalanan mereka dengan selamat.

Katanya, orang ramai juga perlu membuat aduan kepada agensi penguatkua­saan seperti Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sekiranya ada pihak yang menjual tiket bas pada harga mahal dan melampau.

Pada program itu, sebanyak 62 wakil menerima geran membabitka­n 10 masjid dan 52 surau di Parlimen Limbang dengan peruntukan keseluruha­n RM196,000.

Datuk Hasbi Habibollah Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia

 ?? ?? MANFAATKAN: Hasbi (empat kiri) menyerahka­n OG kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Sulaiman (tiga kiri) dan tetamu lain.
MANFAATKAN: Hasbi (empat kiri) menyerahka­n OG kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Sulaiman (tiga kiri) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia