Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Farley santuni 80 anak yatim dari dua rumah kebajikan

-

KUCHING: Yayasan Farley meneruskan program tahunannya, iaitu Yayasan Farley Kasih Ramadan dengan memberi keceriaan kepada 80 anak yatim dari dua rumah kebajikan di sini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Menteri Pembanguna­nWanita,Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, anak-anak tersebut adalah daripada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) dan Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah.

“Hari ini (Isnin) Yayasan Farley menyantuni serta membawa anak-anak PERYATIM dan Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah berbuka puasa di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai.

“Saya dimaklumka­n, acara sebegini merupakan program tahunan Yayasan Farley iaitu Yayasan Farley Kasih Ramadan sempena menyambut Hari Raya.

“Justeru, saya ucapkan terima kasih kepada Yayasan Farley kerana telah menceriaka­n anak-anak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Kasih Ramadan anjuran Yayasan Farley di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai di sini, petang kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Farley Eijing Lau, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Adana Jed, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman merangkap Pengerusi Ahli

Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Ketua Exco Kuching PERYATIM Aisyah Tan Abdullah, Ahli Lembaga PERYATIM Eexco Kuching Toh Puan Hayati Ahmat dan tetamu kehormat lain.

Razi memuji usaha yang dilakukan oleh Yayasan Farley dalam mendekati kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Beliau percaya menyebarka­n kegembiraa­n dan ketawa adalah inti pati mana-mana perayaan dan ini sememangny­a cara terbaik untuk menunjukka­n semangat beraya.

“Setiap perayaan memberi peluang kita untuk menyemai semangat menjaga kesejahter­aan masyarakat khususnya anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap Yayasan Farley akan meneruskan tradisi mengadakan program serupa untuk golongan kurang berkemampu­an bukan sahaja kepada anak-anak yatim tetapi juga warga emas.

Razi turut menyeru agar lebih banyak organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menyumbang dan menganjurk­an program kebajikan untuk semua golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Eijing memberitah­u, Yayasan Farley komited untuk memberi balik kepada komuniti sejak penubuhann­ya pada 2021 dan tahun ini pihaknya meneruskan sambutan perayaan bersama kanak-kanak PERYATIM dan Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah.

“Kami berusaha memberi sokongan kepada kesejahter­aan masyarakat dalam memupuk ekosistem menerusi inisiatif disalurkan kepada komuniti.

“Dengan adanya program Kasih Ramadan ini, kami berhasrat dapat membawa kegembiraa­n dan kebahagiaa­n kepada anak-anak yang kurang bernasib baik,” katanya.

Majlis turut menyaksika­n kanak-kanak PERYATIM dan Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah menerima pek hari raya sumbangan daripada Yayasan Farley.

 ?? ?? SEMPENA RAYA: Razi menyampaik­an pek Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim sambil disaksikan Eijing serta tetamu kehormat lain pada Majlis Rumah Terbuka Kasih Ramadan anjuran Yayasan Farley di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai.
SEMPENA RAYA: Razi menyampaik­an pek Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim sambil disaksikan Eijing serta tetamu kehormat lain pada Majlis Rumah Terbuka Kasih Ramadan anjuran Yayasan Farley di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia