Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran ‘Malaysian Borneo Unveiled: Harmony of Cultures, Nature and Adventure’ di Paris

-

KUCHING: Delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh menyertai pameran tiga hari ‘Malaysian Borneo Unveiled: Harmony of Cultures, Nature and Adventure’ yang diadakan di Secur Hall, Paris.

Pameran anjuran Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dengan kerjasama Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO Paris, Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Sarawak itu diadakan dari 25 hingga 27 Mac 2024 dan merupakan acara sampingan sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO Ke-219.

SFC menerusi kenyataan pada Isnin berkata, pameran itu bertujuan melibatkan perwakilan melalui paparan bertenaga, pameran interaktif dan perbincang­an yang menonjolka­n gabungan harmoni pelbagai budaya dan khazanah semula jadi di rantau ini.

“Objektif utama adalah untuk memupuk kesedaran dan penghargaa­n terhadap warisan budaya, landskap dan biodiversi­ti rantau ini.

“Ia juga bagi menggalakk­an amalan pelanconga­n mampan dan penglibata­n masyarakat dalam usaha pemulihara­an,” ujar SFC dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, sepanjang tiga hari pameran tersebut, pengunjung dipersemba­hkan dengan pakaian berwarnawa­rni, aksesori dan paparan video yang mempamerka­n keharmonia­n budaya, keajaiban alam dan landskap pengembara­an negeri.

Pameran ini jelasnya, sejajar dengan mandat UNESCO yang meraikan warisan budaya pelbagai dan mempromosi­kan pembanguna­n mampan melalui usaha pemulihara­an.

Dengan memupuk kesedaran dan penghargaa­n, acara itu menggalakk­an dialog antara budaya, sekali gus menyumbang kepada misi UNESCO untuk mempromosi­kan keamanan dan saling menghormat­i, ujarnya.

Turut diadakan, majlis resepsi pada 26 Mac 2024 yang mengalu-alukan sehingga 100 peserta, dengan Len Talif sebagai tetamu kehormat.

“Malam pameran dan resepsi terbukti sebagai acara yang memperkaya dan memberi inspirasi, membawa perwakilan bersama-sama meraikan kekayaan budaya, keindahan alam semula jadi dan usaha pemulihara­an Sarawak dan Malaysia.

“Sarawak berhasrat terus memupuk kesedaran dan tindakan yang lebih besar ke arah pelanconga­n mampan dan pemulihara­an di rantau ini, dan menyasarka­n Taman Negara Niah untuk dicatatkan sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) pada 2024,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia