Utusan Borneo (Sarawak)

Berterus terang maklumkan masalah di lapangan

Pegawai jabatan, agensi di bawah MIPD diminta berterus terang maklumkan masalah dihadapi ketika laksana projek

-

“Jangan ‘sembunyika­n’ sebarang berita tidak baik daripada saya dan pihak ” pengurusan tertinggi (anda). Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Semua pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (MIPD) diminta berterus terang memaklumka­n mengenai masalah dihadapi ketika melaksanak­an projek di lapangan.

Perkara itu disuarakan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MIPD di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam kelmarin.

“Jangan ‘sembunyika­n’ sebarang berita tidak baik daripada saya dan pihak pengurusan tertinggi (anda).

“Sila beritahu kami terutama masalah yang dihadapi ketika memberi taklimat kepada kami tentang projek terbabit. Bentangkan untuk perbincang­an dan penyelesai­an,” ujarnya.

Uggah memberitah­u, kes terbaharu ketika beliau melawat projek jalan di bahagian Samarahan dan setiba di tapak projek beliau bertemu dengan sekumpulan ketua kaum serta pemilik tanah yang sangat bimbang mengenai perkara berkaitan pampasan ke atas tanah mereka yang terkesan.

“Sudah tentu mereka marah. Namun semasa taklimat diberikan sebelum ini, saya tidak dimaklumka­n mengenai isu ini sama ada disengajak­an atau kesilapan sebenar.

“(Namun) saya berharap satu kesilapan yang hakiki. Saya sendiri bersama dua timbalan menteri saya dan setiausaha tetap bersikap terbuka untuk maklum balas anda.

“Apa pun, sama ada berita buruk atau baik, anda kena memberitah­u kami,”ujarnya.

Sementara itu, Uggah menegaskan semua harus terus berkhidmat dengan berintegri­ti kerana ia sangat penting.

“Dalam industri pembanguna­n pelabuhan dan kerja awam, integriti bukan sekadar kejujuran. Integriti ialah komitmen untuk memberi perkhidmat­an dengan cemerlang, selamat dan ada kebolehper­cayaan.

“Apabila ia dikompromi, akibatnya boleh menjadi teruk... kegagalan struktur, kesan undang-undang dan reputasi yang tercemar,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Uggah mengingatk­an warga MIPD bahawa kementeria­n telah menetapkan beberapa sasaran untuk dicapai.

Menurutnya salah satu daripadany­a ialah mencapai 100 peratus atau sekurangku­rangnya 95 peratus perbelanja­an pembanguna­n.

“Kitamendap­atperuntuk­an RM799.5 juta dalam Belanjawan (Negeri) tahun ini. Pada 2021, pencapaian perbelanja­an pembanguna­n kita ialah 67.46 peratus dan 2022 meningkat sedikit iaitu 68.16 peratus.

“Saya dengan bangga memaklum pada 2023, pencapaian kita ialah 85.69 peratus, antara tertinggi berbanding kementeria­n dan jabatan lain. Saya yakin kita boleh melakukan lebih baik,” ujarnya.

Terdahulu warga MIPD mendengar ceramah integtiri disampaika­n penceramah terkemuka negara Ustaz Syamsul Debat.

Hadir sama Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo, Setiausaha Tetap MIPD Datu Shiew Chee Yau, Setiausaha Politik Premier Sarawak Roseline Mapong dan pegawai-pegawai kanan JabatanKer­jaRaya(JKR)serta Pihak Berkuasa Pelabuhan Kuching, Rajang, Tanjung Manis dan Samalaju.

 ?? ?? JAMUAN: Uggah diapit Aidel dan Chiew serta yang lain ketika menjamu selera pada Majlis Berbuka Puasa MIPD di BCCK kelmarin.
JAMUAN: Uggah diapit Aidel dan Chiew serta yang lain ketika menjamu selera pada Majlis Berbuka Puasa MIPD di BCCK kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia