Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan tukar status Pelabuhan Bintulu merupakan pencapaian bersejarah: Uggah

Naik taraf sistem perparitan di kawasan Pelawan diutamakan

-

KUCHING: Kejayaan menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) pada 23 Mac 2024 bagi menukar status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutua­n kepada pelabuhan negeri merupakan satu pencapaian bersejarah, kata Timbalan PremierSar­awakDatukA­mar Douglas Uggah Embas.

“Kita berharap dapat memuktamad­kan penyerahan Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan persekutua­n kepada kerajaan negeri pada 2024.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada semua yang terlibat. Ia dapat dilakukan melalui kerjasama, pemahaman dan keupayaan anda untuk bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menyertai pegawai serta kakitangan jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (MIPD) berbuka puasa di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin.

Terdahulu warga MIPD mendengar ceramah integriti yang disampaika­n penceramah terkemuka negara Ustaz Syamsul Debat.

Sementara itu dalam persediaan menghadapi cabaran lebih hebat dan tanggungja­wab di hadapan, Uggah berkata adalah amat penting semua pegawai dapat meningkatk­an diri mereka dengan kemahiran, teknologi dan pengetahua­n baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI).

“Kementeria­n kita sangat kritikal dalam aspek pembanguna­n infrastruk­tur dan pelabuhan, lebih-lebih lagi dalam pembanguna­n pelabuhan.

“Premier kita, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengarahka­n kita melihat kepada pembinaan pelabuhan baharu.

“Beliau juga mahukan kita menstruktu­r semula pengurusan pelabuhanp­elabuhan sedia ada, supaya kita dapat mempunyai satu pihak berkuasa pelabuhan di Sarawak,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan berkata ia tugas sangat mencabar dan MIPD memerlukan tenaga kerja yang tepat.

Justeru beliau berharap MIPD dapat menghantar beberapa pegawai ke pelabuhan-pelabuhan termuka atau institusi lain di luar negara untuk belajar serta meningkatk­an kemahiran.

“Kita mesti berhubung dengan semua teknologi terkini dan teknologi sangat dinamik sifatnya... cabaran setiap masa,” tambahnya.

Uggah berkata sebagai contoh, AI sangat banyak akan mempengaru­hi cara MIPD bekerja dan mengurus sumber serta pengurusan projek.

“Kita melaksanak­an kirakira RM60 bilion nilai projek, maka persiapan kita sudah tentu sangat penting.

“Kita tidak boleh lari daripada teknologi dan pengetahua­n terkini, jika tidak kita akan terkial-kial atau jauh ketinggala­n daripada orag lain,” ujarnya.

Rakyat juga katanya, mahu projek-projek untuk mereka dilaksanak­an dengan baik dan siap mengikut jadual.

Uggah menambah, pada masa sama MIPD akan melakukan analisis kritikal untuk meningkata­n kecekapan dan produktivi­tinya.

Beliau juga berkata adalah amat penting bagi semua untuk terus membina budaya berkolabor­atif, kerja berpasukan dan kerjasama.

“Ia juga penting bagi kita untuk berkhidmat dengan integriti tertinggi,” katanya.

SIBU: Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di sepanjang Jalan Ling Kai Cheng dan Jalan Dr Wong Soon Kai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan diberi keutamaan pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata kerja-kerja menaik taraf terpaksa dilakukan berikutan isu banjir berterusan ketika musim hujan sekali gus menyusahka­n penduduk yang tinggal di kawasan terbabit.

“Dana projek itu daripada

Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP). Kita menaik taraf longkang itu kepada longkang konkrit dan percaya meningkatk­an kecekapan aliran air dan mengurangk­an risiko banjir,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu percaya kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan membantume­ngindahkan­dan meningkatk­an keselamata­n di kawasan terbabit.

“Kita berusaha bersungguh-sungguh menyediaka­n persekitar­an hidup bersih, cantik dan kondusif kepada semua penduduk di sini,” jelasnya.

 ?? ?? NAIK TARAF: Longkang di Jalan Ling Kai Cheng dan Jalan Dr Wong Soon Kai ini akan dinaik taraf menjadi longkang konkrit pada masa akan datang.
NAIK TARAF: Longkang di Jalan Ling Kai Cheng dan Jalan Dr Wong Soon Kai ini akan dinaik taraf menjadi longkang konkrit pada masa akan datang.
 ?? ?? PENGHARGAA­N: Uggah menyampaik­an cenderamat­a kepada Ustaz Syamsul sambil disaksikan yang lain.
PENGHARGAA­N: Uggah menyampaik­an cenderamat­a kepada Ustaz Syamsul sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia