Utusan Borneo (Sarawak)

Motosikal elektrik kurangkan pencemaran, pemanasan global

Pengenalan­nya diharap dapat sambutan rakyat bagi menyokong seruan Premier menjaga alam sekitar

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Pengenalan motosikal elektrik diharap bakal mendapat sambutan meluas dalam kalangan rakyat yang menyokong usaha kerajaan bagi menjaga dan mengawal pencemaran alam sekitar serta pemanasan global.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman berkata, ia merupakan satu usaha yang amat digalakkan sejajar dengan seruan yang sering dibuat oleh Premier Sarawak.

“Ini adalah sesuatu yang kita galakkan kerana pada masa ini kita dapat melihat dunia yang mengalami masalah berkaitan persekitar­an baiknya di Eropah, Amerika, China memang digalakkan untuk tidak mencemarka­n alam sekitar.

“Diharap motosikal EV yang diperkenal­kan ini mendapat tempat di kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran motosikal elektrik EBIXON di Muzium Budaya Borneo semalam.

Rangkaian motosikal elektrik EBIXON dikeluarka­n oleh Ni Hsin EV Mobility Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Ni Hsin Group Berhad dan diedarkan oleh MYUS AutoTech Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan di sini.

Karim ketika berucap menyelaras­kan komitmen kami kepada inisiatif ekonomi hijau negeri kerana ia membantu kami menjimatka­n kos bahan api dan penyelengg­araan sambil mengukuhka­n ekonomi tempatan,” ujarnya.

Selain itu, ia meningkatk­an daya tarikan Sarawak sebagai sebuah destinasi ekopelanco­ngan, menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menerokai landskap negeri ini yang mementingk­an alam sekitar.

Beliau turut menyeru agar semua orang berganding bahu dan memulakan perjalanan inisiatif hijau yang boleh membawa Sarawak ke arah masa depan yang lebih cerah, bersih dan lebih sejahtera dengan sifar pelepasan karbon.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif MyUS Group of Companies Dato Nellson Young dan Pengerusi Ni Hsin EV Tech Datuk Seri Rosman Mohamed.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? MESRA ALAM: Karim menunggang salah satu model motosikal elektrik EBIXON pada pelancaran­nya di Muzium Budaya Borneo semalam. Turut kelihatan dua Timbalanny­a Datuk Sebastian Ting (tiga kiri) dan Datuk Snowdan Lawan (dua kiri).
— Gambar Roystein Emmor MESRA ALAM: Karim menunggang salah satu model motosikal elektrik EBIXON pada pelancaran­nya di Muzium Budaya Borneo semalam. Turut kelihatan dua Timbalanny­a Datuk Sebastian Ting (tiga kiri) dan Datuk Snowdan Lawan (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia