Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan, baik pulih, naik taraf kemudahan bagi SUKMA 2024 mesti siap menjelang Jun

-

KUCHING: Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan telah mengeluark­an arahan untuk semua kerja pembinaan, baik pulih dan naik taraf kemudahan sukan bagi SUKMA 2024 disiapkan menjelang Jun.

Menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang perkembang­an terkini berkaitan persiapan atlet dan prasarana kemudahan sukan itu di sini.

“SUKMA dalam tempoh lima bulan lagi, kalau hendak dalam peratusan bagi persiapan prasarana dan atlet, saya tidak dapat berikan.

“Kerana banyak kemudahan ada 45 tempat di lima bahagian di seluruh Sarawak sekarang sedang dinaik taraf, dibaik pulih dan ada yang hampir siap dan sebagainya,” kata beliau ketika ditemui pemberita semalam.

Beliau tambahnya, telah mengadakan lawatan ke tiga lokasi kemudahan sukan di sini bagi meninjau dan melihat lebih dekat perkembang­annya.

Tiga kemudahan tersebut adalah Dewan Wushu yang masih dalam pembinaan, yang akan disiapkan pada bulan Jun.

Selain itu lawatan ke Stadium Sarawak yang mana akan diadakan sukan balapan, Sports Village di UNIMAS untuk penginapan para kontinjen Sarawak menjelang SUKMA 2024 nanti.

Karim bagaimanap­un berkata pihaknya akan sentiasa mengadakan lawatan ke semua kemudahan sukan terbabit bagi melihat perkembang­an terkini kerja penyiapann­ya.

Beliau juga percaya kerajaan pusat akan menyalurka­n peruntukan bagi penganjura­n SUKMA 2024 yang belum diketahui lagi jumlahnya setakat ini.

Sebelum itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Premier Sarawak bagi membincang­kan hal-hal berkaitan SUKMA.

“Beliau turut mengadakan perbincang­an dengan saya tentang bagaimana hendak memajukan dan meningkatk­an lagi sukan.

“Kerana beliau dapat melihat Sarawak satu-satunya negeri yang memberi penekanan yang amat mendalam terhadap pembanguna­n sukan,” katanya.

Pada masa yang sama, Sarawak kini sedang giat membina 17 hingga 18 Kompleks Sukan Mini di peringkat daerah seluruh

Sarawak.

“Kompleks Sukan Mini ini mempunyai kluster-kluster tertentu, kemudahan untuk empat ke lima jenis sukan.

“Ini jelas menunjukka­n bahawa selain daripada membangunk­an negeri dan meningkatk­an ekonomi kita juga memastikan bahawa tahap sukan yang bersangkut-paut dengan belia dipertingk­atkan.

“Ini telah sedikit sebanyak menarik minat MOM, kerana mereka tahu Sarawak serius dalam usaha membangunk­an sukan,” katanya sambil menambah, dijanjikan oleh presiden MOM itu untuk membawa lebih banyak acara sukan di bertaraf antarabang­sa ke Sarawak.

Ini adalah sesuatu yang bagus dalam usaha saya dan pasukan untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri berprestas­i tinggi dalam sukan, tegasnya.

 ?? — Gambar Royseten Emmor ?? REAKSI: Karim bercakap kepada pemberita sejurus selepas merasmikan pelancaran Motosikal Elektrik Ebixon di Muzium Budaya Borneo semalam.
— Gambar Royseten Emmor REAKSI: Karim bercakap kepada pemberita sejurus selepas merasmikan pelancaran Motosikal Elektrik Ebixon di Muzium Budaya Borneo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia