Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti memerlukan menerima sumbangan BDA, Yayasan Farley

-

BINTULU: Komuniti memerlukan menerima sumbangan daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Yayasan Farley pada Majlis Sungkei BDA Bersama Komuniti Bintulu di sini petang kelmarin.

Seramai 10 anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Bintulu menerima sumbangan daripada Yayasan Farley.

Penyampaia­n sumbangan itu disempurna­kan Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Abdul Rahim Abdullah mewakili Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari dan Wong Hua Lung mewakili Presiden Yayasan Farley Eijing Lau.

Hadir menyaksika­n penyampaia­n sumbangan masing-masingnya dua Penolong Pengurus Besar BDA Perkhidmat­an Alam Sekitar dan Perkhidmat­an Korporat, Maimunah Matali dan Hasiah Morshidi.

Penerima sumbangan lain ialah mangsa kebakaran Kampung Sungai Plan Lot jugapemili­krumah,Mohamad Hapeni Zaini dan Suhaili Disi serta penyewanya, Berauh Ludan dan Johani Deli.

Diikuti penerima sumbangan seterusnya Pusat Perkhidmat­an Warga Emas Bintulu, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Koperasi Wawasan Ibu Tunggal Persatuan Ibu Tunggal Bintulu.

Program dimulai dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, jamuan dan penyerahan sumbangan kepada komuniti terbabit, solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

Majlis turut diserikan dengan persembaha­n lagulagu kerohanian dan berakhir dengan moreh.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, ADUN Jepak Iskandar Turkee, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) Dato Sharkawi Alis, Pengurus Besar LPB Mizool Amir Mat Derus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) Ruslan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) Matshalleh Mohamad Etli, ketua-ketua masyarakat, kakitangan dan pengurusan kanan BDA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia