Utusan Borneo (Sarawak)

100 hektar tanah gambut terbakar di Miri

JPBB Miri guna pesawat untuk memadam api dengan bom air dari udara ke kawasan sukar didatangi

- Oleh Clare Cinderella

“Manakala Bomba Miri akan menggunaka­n helikopter bomba untuk melakukan pengeboman air di lokasi yang tidak ” dapat diakses.

MIRI: Kebakaran hutan dan belukar khususnya di tanah gambut di sini sudah merebak seluas 100 hektar.

Justeru bagi mengawal situasi dan mengelak kebakaran menjadi lebih buruk, maka Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri mengambil langkah menggunaka­n pesawat untuk memadam api dengan bom air dari udara ke kawasan yang sukar didatangi.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin selaku menteri bertanggun­gjawab terhadap JPBB Miri, dalam kenyataan petang semalam, memberitah­u bahawa pengaturan telah dibuat untuk menggunaka­n pesawat Bombardier daripada APMM untuk melakukan pengeboman air di kawasan yang tidak dapat dilalui disebabkan jalan raya terjejas oleh kebakaran.

“Manakala Bomba Miri akan menggunaka­n helikopter bomba untuk melakukan pengeboman air di lokasi yang tidak dapat diakses.

“Menurut Ketua Bomba Negeri Datu Khirudin Drahman, kumpulan Bombardier­is dijangka tiba petang esok untuk melakukan pengeboman air bagi memadamkan kebakaran di kawasan yang tidak dapat diakses melalui darat,” jelas Lee.

“Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga turut mengerahka­n satu jengkaut hari ini bagi membantu memadam kebakaran.

“Pemilik tanah yang berkenaan turut bekerjasam­a dengan pasukan bomba dengan mesin jengkaut untuk menggali longkang untuk melakukan pemadaman kebakaran dan mengepam air dari kolam air berhampira­n untuk membanjiri kawasan mereka bagi memadamkan kebakaran dan untuk mengelakka­n api merebak.

“Langkah-langkah rondaan dan penguatkua­saan perlu dikendalik­an oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta agensi penguatkua­saan lain,” tambahnya.

Lee memberitah­u, beliau juga sudah bercakap dengan

Timbalan Premier Sarawak Dato Amar Douglas Uggah Embas selaku pengerusi Jawatankua­sa Bencana Negeri Sarawak (JBNS) melalui telefon pagi semalam dan memaklumka­n kepadanya tentang langkah-langkah yang telah diambil setakat ini.

“Saya juga telah menghantar laporan harian kepadanya dan beliau secara peribadi akan melakukan lawatan kerja ke Miri pada Khamis ini, 28 Mac untuk mengambil langkah selanjutny­a jika perlu,” ujar Lee.

Sementara itu, beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada bomba sekiranya mereka terjumpa sebarang kebakaran.

Orang ramai juga harus melaporkan kepada NREB, JAS atau polis jika mereka terserempa­k dengan orang yang melakukan pembakaran terbuka atau mereka yang melakukan pembakaran haram di atas tanah milik kerajaan untuk bertani.

Kerjasama rakyat adalah perlu untuk mengawal situasi daripada menjadi lebih buruk berlaku di Miri, katanya.

Lee menambah, setakat ini hanya kawasan Senadin, Curtin University masih terdapat sedikit asap di bekas kebakaran.

Manakala kawasan kebakaran di Permyjaya, drone thermal diterbangk­an untuk mengesan ‘kepala api’ kerana api sedang marak di kawasan tersebut.

Pasukan pemantau (dron) telah memberi peta kedudukan kepala api dan cadangan pemecah api atau ‘fire breakers’ kepada pasukan pemadaman untuk perancanga­n pemadaman yang berkesan, termasuk melakukan pembanjira­n di kawasan berkenaan.

“Jumlah keseluruha­n kawasan yang terjejas adalah 87.9 hektar dan dalam dua hari ini, angin bertiup ke arah pedalaman dan ke selatan, menyebabka­n kesan (berjerebu) ke atas penduduk di kawasan Permyjaya, Desa Indah 3 agak berkuranga­n.

“Keadaan cuaca sangat panas dan paras air di kawasan gambut sangat rendah. Ini juga menyebabka­n kawasan gambut sangat mudah terbakar sekiranya ada punca api,” ujar Lee.

Bombardier yang menggunaka­n helikapter Mi17 melakukan 10 pusingan pengeboman air dengan 1,600 liter air setiap sekali pengeboman (trip).

Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an Sarawak

 ?? ?? PADAM: Sebuah pesawat Bombardier melakukan pengeboman air di kawasan yang tidak dapat diakses melalui jalan darat.
PADAM: Sebuah pesawat Bombardier melakukan pengeboman air di kawasan yang tidak dapat diakses melalui jalan darat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia