Utusan Borneo (Sarawak)

Empat individu cedera dalam kemalangan empat kenderaan

-

KUCHING: Empat individu mengalami kecederaan setelah kenderaan yang dipandu terlibat kemalangan membabitka­n empat kenderaan di kilometer 64 Jalan Sri Aman, kawasan Aping, Sri Aman kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superinten­den Mathew Mangie berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 5.30 pagi.

Menurutnya, empat kenderaan melibatkan dua pikap, lori dan sebuah kereta.

“Nahas terbabit dipercayai berlaku apabila sebuah pikap yang dipandu seorang peniaga telah terbabas semasa menuju ke Kuching dari Sibu.

“Mangsa seterusnya menghubung­i adiknya di Sri Aman untuk membantu membawa mangsa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan dan meninggalk­an kenderaan yang terlibat kemalangan itu tanpa papan tanda serta pertunjuk kepada kenderaan yang menggunaka­n laluanters­ebut,”katanyadal­am satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, sebuah kereta yang dipandu seorang guru bergerak dari Sri Aman menuju ke Sekolah Kebangsaan Sebuyau, Ensengei Simunjan menggunaka­n laluan kanan tiba-tiba telah melanggar sebuah kenderaan yang ditinggalk­an tanpa apaapa tanda itu.

Pada masa yang sama, sebuah lori yang datang dari simpang Sri Aman menuju ke Kuching menggunaka­n lorong kiri mula memperlaha­nkan kenderaann­ya setelah mendapati berlaku kemalangan di hadapannya.

“Semasa lori tersebut memperlaha­nkan kenderaan, tiba-tiba pemandu terdengar bunyi yang kuat dari arah belakang.

“Pemandu lori telah memberhent­ikan lori ke kiri jalan dan mendapati sebuah pikap telah melanggar bahagian bumper belakang sebelah kiri lori terbabit,” jelasnya.

Ujarnya, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kemalangan tersebut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia