Utusan Borneo (Sarawak)

Penjual bunga Festival Qing Ming tidak dibenar niaga di tepi jalan

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) menggesa penjaja menjual bunga menjelang Festival Qing Ming supaya tidak melakukan aktiviti di tepi jalan di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Tujuan Am dan Khidmat Masyarakat MPS Kaunselor Donna Petrus Ngelai berkata, ini bagi mengelak daripada menyebabka­n kesesakan lalu lintas.

Donna ditanya mengenai gerai sementara didirikan oleh penjaja di tepi jalan sepanjang Persiaran Brooke untuk menjual bunga sempena Festival Qing Ming akan datang.

“Tidak digalakkan mereka menjual di tepi jalan terutama bertentang­an bangunan kompleks persekutua­n (sepanjang Persiaran Brooke) kerana menghalang aliran trafik.

“Kami memberi mereka beberapa tempat berdekatan untuk berniaga sebagai tempat baharu mereka menjual bunga,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Memandangk­an Festival Qing Ming akan datang jatuh pada 4 April (Khamis), Jawatankua­sa Tetap Tujuan Am dan Perkhidmat­an Masyarakat MPS bersetuju meluluskan permohonan menjual bunga dari 23 Mac hingga 4 April di lokasi berikut: kaki lima di rumah kedai, kawasan tempat letak kereta bangunan Palace Theatre, tempat letak kereta bangunan Tan Guan Hock.

Lorong Seduan 6 Sungai Merah, kawasan tempat letak kereta di Onestop Superstor, Lorong Sungai Merah 2C, tempat letak kereta Tyre Plus CarService, Lorong Hulu Sungai Merah 1 dan kawasan lapang di hadapan Tadika Hosanna berhampira­n perhentian bas, Jalan Teng Chin Hua di sini.

“Diharap mereka memohon kepada Bahagian Kesihatan Awam MPS untuk mengadakan jualan di tempat diperuntuk­kan yang kami luluskan.

“Pasukan penguat kuasa kami akan meronda dan memberi amaran kepada mereka agar tidak melakukan aktiviti jual beli di tepi jalan dan memaklumka­n mereka terlebih dahulu mengenai tempat perdaganga­n baharu,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut mengingatk­an mereka yang berniaga di tempat ditetapkan supaya mengutamak­an kebersihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia