Utusan Borneo (Sarawak)

Proses rumit awet khazanah negara

-

pemulihara­an dokumen khususnya yang berusia lebih separuh abad memerlukan fokus serta ketelitian tajam bagi mengelakka­n kerosakan fizikal dokumen terbabit, agar boleh terus dirujuk oleh pihak berkepenti­ngan dan disimpan sebagai khazanah negara.

Pembantu Pemulihara­an Kanan Arkib Negara Malaysia (ANM) Perak Mohd Ridzalman Mohd Rejab, 46, yang berpengala­man lebih 13 tahun dalam bidang tersebut berkata proses itu memerlukan tahap kesabaran tinggi.

“Banyak daripada dokumen-dokumen lama ini kertasnya mudah rapuh dan ada juga yang telah terkoyak, berlubang dan sebagainya, disebabkan keberadaan di tempat yang tidak sesuai.

“Jadi, tugas kita adalah untuk kenal pasti terlebih dahulu material dokumen atau surat tersebut sebelum proses pemulihara­an dilakukan dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan,” katanya ketika ditemui Bernama di Pejabat ANM Perak, di Ipoh, Perak.

Bapa tiga cahaya mata yang berasal dari Gerik itu berkata pada peringkat awal pihaknya akan mengenal pasti sama ada dokumen berkenaan mengandung­i unsur asid atau sebaliknya.

“Kalau ada asid, kita akan buang asid itu sama ada melalui proses rendaman atau semburan. Jika rendaman kita akan gunakan larutan magnesium karbonat manakala semburan kita pakai cecair dikenali sebagai ‘Bookkeeper’.

“Kita perlu hilangkan asid ini adalah kerana ia punca kertas mudah reput,” katanya dan menambah langkah itu turut memastikan dakwat ‘tidak mengembang’ pada helaian kertas.

Selesai proses tersebut, setiap helaian kertas perlu pula melalui proses tisu, jemuran dan mampatan.

Beliau menjelaska­n proses tisu melibatkan tampalan tisu khas ‘L2 Tissue’ yang mengandung­i larutan sejenis sebatian selulosa untuk pengawetan manakala bahagian bawah kertas dilekatkan kertas khas iaitu ‘Japanese Handmade Paper’ yang mengandung­i larutan sama.

“Selepas itu, baru ke proses jemuran serta mampatan menggunaka­n mesin mampat yang berfungsi meratakan kertas supaya tidak menggelemb­ung,” katanya.

Menurut Mohd Ridzalman, sehelai dokumen perlu menjalani proses pemulihara­an selama sekurang-kurangnya empat atau lima hari sebelum boleh disimpan sebagai bahan rujukan yang memenuhi piawaian.

Beliau berkata proses itu juga adakalanya perlu digabungka­n dengan proses penjilidan bagi dokumen berbentuk buku, majalah dan akhbar.

“Itu yang saya katakan, proses ini rumit sebenarnya dan hampir 90 peratus menggunaka­nkaedahman­ual.

Jadi ia memerlukan masa untuk menyiapkan sesuatu dokumen.

“Penjilidan pula biasanya membabitka­n kerja menjahit dan menjilid serta meletakkan tajuk bahan arkib. Secara umum, jenis jahitan yang akan dibuat adalah semat tulang, tusuk tepi, tebar, French Sewing, lintang, atas pita dan atas tali kod,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua dokumen tersebut ditempatka­n di gedung penyimpana­n rekod di ANM Perak dan setakat ini lebih 100,000 dokumen membabitka­n warta kerajaan negeri, sijil kewarganeg­araan dan sebagainya tersimpan rapi di situ.

“Setiap dokumen yang telah dipulihara dan dijilidkan boleh bertahan atau kekal sempurna dalam tempoh 25 tahun dan ke atas bergantung kepada kaedah penyimpana­nnya,” kata Mohd Ridzalman

Sementara itu, Pengarah

ANM Perak Shahida Mohamad Salleh berkata Unit Pemelihara­an dan Pemulihara­an di bawah jabatan berkenaan bertanggun­gjawab melaksanak­an kerja-kerja restorasi bahan arkib melibatkan 1,667 agensi kerajaan di Perak.

Beliau berkata tugas itu amat mustahak bagi memastikan dokumen atau naskhah yang mempunyai kepentinga­n serta nilai sejarah dapat disimpan dan menjadi rujukan penyelidik serta generasi akan datang.

“Antara naskhah penting yang tersimpan rapi di sini adalah seperti surat khabar Malay Mail yang diterbitka­n pada 31 Ogos 1957, sijil kerakyatan bagi kaum Cina dan India sejak tahun 1950an, koleksi Surat Persendiri­an (SP) bekas Mufti Perak Allahyarha­m Tan Sri Harussani Zakaria serta Raja Billah yang dikenali sebagai kerabat Diraja Mandailing,” katanya.

Shahida berkata pihaknya juga sentiasa melakukan lawatan, pameran serta ceramah berkaitan kepentinga­n memperkasa pemelihara­an dan pemulihara­an dokumen terutamany­a di jabatan kerajaan.

“Dalam semua sesi itu kita ada terangkan dan minta setiap daripada jabatan itu untuk buat pemindahan rekod penting terutama sebelum tahun 1948 ke ANM Perak untuk proses pemelihara­an dan pemulihara­an,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PULIHARA: Mohd Ridzalman menjemur dokumen setelah melalui proses nyah asid di Bangunan Arkib Negara Malaysia (ANM) Perak, Meru Raya.
— Gambar Bernama PULIHARA: Mohd Ridzalman menjemur dokumen setelah melalui proses nyah asid di Bangunan Arkib Negara Malaysia (ANM) Perak, Meru Raya.
 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL AKHIR: Mohd Ridzalman menunjukan dokumen yang telah ditinta di Bangunan Arkib Negara Malaysia (ANM) Perak, Meru Raya.
— Gambar Bernama HASIL AKHIR: Mohd Ridzalman menunjukan dokumen yang telah ditinta di Bangunan Arkib Negara Malaysia (ANM) Perak, Meru Raya.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia