Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem PADU patuhi piawaian antarabang­sa

Lebih dua juta percubaan mengakses sistem setiap hari, namun kesemuanya telah berjaya dipatahkan

-

“Sudah tentu ada perkara-perkara yang kita kena imbangi dan kita tidak membenarka­n akses dari luar negara. Kerana setakat ini rekod yang banyak cuba akses adalah dari luar negara ataupun lokasi-lokasi yang kita rasa ” berisiko.

KUALA LUMPUR: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah mematuhi ciri-ciri keselamata­n dan menepati piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabang­sa, Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, walaupun terdapat cubaan untuk mengakses sistem tersebut sehingga lebih dua juta percubaan setiap hari, namun kesemuanya telah berjaya dipatahkan dan sistem PADU masih lagi tidak berjaya ditembusi.

“Saya ingin maklumkan bahawa walaupun rekodnya terutama pada bulan pertama ada cubaan akses sebanyak lebih dua juta akses setiap hari, itu semua berjaya dipatahkan dan masih lagi tidak berjaya ditembusi.

“Sudah tentu ada perkaraper­kara yang kita kena imbangi dan kita tidak membenarka­n akses dari luar negara. Kerana setakat ini rekod yang banyak cuba akses adalah dari luar negara ataupun lokasi-lokasi yang kita rasa berisiko,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) mengenai mekanisme untuk meningkatk­an dan mempercepa­tkan pendaftara­n rakyat Malaysia terhadap PADU dan langkahlan­gkah kawalan data PADU daripada disalahgun­akan.

Rafizi berkata dari segi keselamata­n sistem PADU,

Rafizi Ramli Menteri Ekonomi

pasukan pembanguna­n sistem PADU yang diketuai Jabatan Digital Negara bekerjasam­a rapat dengan pelbagai agensi yang menguruska­n keselamata­n siber dan privasi data negara.

Ia melibatkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan, Agensi Keselamata­n Siber Negara, Cybersecur­ity Malaysia, Jabatan Perlindung­an Data Peribadi, Kementeria­n Komunikasi dan Kementeria­n Digital.

“Kerjasama strategik ini untuk memastikan bahawa kita mengurangk­an risiko kebocoran data dan memastikan perlindung­an privasi data PADU itu diberikan keutamaan yang tinggi. Dari segi keselamata­n ada tiga komponen utama melibatkan keselamata­n data yang diberi tumpuan.

“Antaranya adalah komponen keselamata­n data melibatkan pelaksanaa­n kawalan akses capaian serta penyulitan (encryption). Saya tidak pernah sebut sebelum ini bahawa sebenarnya setiap data yang didaftarka­n di PADU adalah encrypted.

“Maksudnya walaupun ada yang berjaya memecah masuk dan memuat turun fail, fail yang didapati itu perlu decrypt (menyah sulit),” katanya.

Rafizi berkata setakat kelmarin, seramai 8,093,336 warganegar­a Malaysia berusia 18 tahun ke atas telah pun mendaftar iaitu sebanyak 36.8 peratus daripada jumlah keseluruha­n.

“Dengan kadar pendaftara­n antara 350,000 hingga 400,000 sehari dalam tempoh berbaki sekitar enam hari, kami mengunjurk­an bahawa kita akan berjaya menghampir­i kadar pendaftara­n 50 peratus menjelang 31 Mac,” katanya.

Menyentuh tentang pola pendaftara­n PADU pula, Rafizi berkata setakat ini negeri yang mempunyai lebih banyak kawasan pedalaman seperti Kelantan, Sabah, Sarawak mencatatka­n kadar pendaftara­n yang lebih tinggi berbanding di kawasan yang bandar.

“Kalau kita lihat kepada pola pendaftara­n, ia sebenarnya agak ‘terbalik’ daripada apa yang kita jangka kerana negeri yang lebih banyak kawasan pedalaman itu lebih tinggi pendaftara­n… ia antara lain disebabkan pasukan Jabatan Perangkaan dan PADU itu sendiri telah menyediaka­n flying skuad yang digerakkan di kawasan itu.

“Di bandar oleh kerana kadar celik tekonologi maklumat (IT) tinggi, kita berharap mereka lebih berpeluang untuk mengakses dan mendaftarn­ya secara peribadi,” katanya.

Pada masa yang sama, untuk mengelakka­n risiko keciciran golongan yang berkelayak­an untuk menerima bantuan daripada kerajaan, kementeria­n telah bertindak memadankan semua pangkalan data bantuan sedia ada seperti e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarat dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan geo pin lokasiloka­si yang berisiko berlaku keciciran.

“Sebenarnya lebih 50 peratus daripada 4,752 lokasi yang berisiko berlaku keciciran itu berada di Lembah Klang. Oleh itu, saya sendiri dan Kementeria­n Ekonomi, Kerajaan Selangor dan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n berjumpa dengan wakil penduduk di kawasan berisko untuk meminta mereka bantu menguar-uarkan pendaftara­n,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERTANYAAN: Rafizi ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidanga­n Dewan Negara di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama JAWAB PERTANYAAN: Rafizi ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidanga­n Dewan Negara di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia